Saturday, January 29, 2011

Kronologi Kehidupan manusia..

Langit tak selalunya cerah...
Kadang2 kita tengok cerah je.. Panas terik..
Then tiba2 gelap, lepas tu hujan turun dengan lebatnya...
Tanpa ada tempat beteduh... 
Kilat sabung menyabung..
Terasa seperti dipanah petir..


Bilalah hujan nak berhenti...
Sampai bila...
Bila langit nak cerah kembali..
Kalaulah aku ada kuasa untuk menahan air hujan daripada turun, 
sudah pasti itu yang akan aku lakukan...
Tapi hujan masih turun dengan lebat...


Nak berlari cari tempat berteduh???
Dah basah.. Takde gunanya dah...
Hanya mampu meratapi titis2 hujan yang jatuh ke bumi..
Melihat air hujan yang sentiasa mengalir sehingga kini..
Bila langit akan cerah kembali??


Tapi... Walaupun hujan telah berhenti...
Tanah tetap dibasahi dengan air hujan yang turun..
Mengambil masa untuk dikeringkan oleh sinaran matahari yang akan muncul kelak..
Tanah masih akan lembap.. Tidak akan kering sepenuhnya...
Berlopak... Lecak... Disebabkan oleh kaki2 manusia yang memijaknya..
Sampai bila ia akan berhenti??
Kaki2 manusia akan terus memijak...
Sekali lagi... dan terus begitu...


Begitu juga dengan hati seorang manusia...
tak pernah putus2 'dipijak'...
Kenapa?? takde jalan lain ke orang nak lalu??
Kenapa mesti jalan yang sama mesti dilalui??
Tak nak ke manusia2 tu, cari jalan lain??


Apa salah jalan tu??
asyik dipijak.. Meninggalkan kesan tapak kaki manusia itu...
Bila akan hilang?? Entahlah...
Aku tak nak lalu jalan yang sama lagi...
Tak nak menambah banyak lagi tapak kaki yang akan merosakkan jalan tu lagi..
Aku nak cari jalan baru...
Tapi adakah jalan baru tu lagi elok?? Adakah dekat dengan jalan yang dilalui sebelumnya??
Aku tak tahu..


Apa2 pun..
Terima kasih kerana bagi aku melalui jalan itu, walaupun ia berlopak.. Lecak..
Membuatkan kasut aku kotor... Tapi aku tak kisah..
Aku boleh basuh balik, bagi ia seperti sediakala..
Aku tak pernah menyesal melalui jalan tu..
Kalau tak, aku tidak akan menemui apa yang ada di jalan itu..
Jalan yang memberi kebahagiaan walaupun sementara..


Jalan itu tidak akan ku temukan lagi...
"No entry"..
Cari jalan baru...
Jalan yang masih bersih...
Aku harap hanya aku sahaja yang akan melalui jalan baru itu..
Jalan untukku sendiri...
Bukan untuk orang lain...
Aku tak nak ada tapak kaki manusia lain selain aku..
Biar aku keseorangan di situ menikmati keindahan ciptaanNya..


Thanks for everything...
Walaupun aku tak tahu kenapa mesti ada "No entry" di situ..
Jangan sesekali minta aku untuk melalui jalan itu lagi..
Kau yang meletakkan papan tanda itu di situ..
Tanpa aku mengerti sebabnya..
Mungkin aku bukan orang terpilih untuk melalui jalan itu..
Akan terus merosakkan jalan tersebut dengan langkahku ini..


Thanks again.. :(

2 Feedbacks:

Unknown said...

myra..kena ingat sdang kita bergembira dengan cahya yang eran,ciaca yang cerah...tbe2 Allah bagi hujan..sebab apa?bukan sebab Allah nak bagi air mata kita turun bersama hjan 2..tapi sebenarnya Allah nak bagi kita hadiah yang paling cantik..hadiah pelangi...tpi bila kita nak dapat hadiah 2..kita sendiri pun xtau..yang pnting kita sabar menunggu..dan terus menunggu dengan sabar..

Myra Latif said...

smp bila nak nmpk pelangi tu???? myra dah bosan tggu..

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner