Friday, April 29, 2016

Kembali Semula

Assalamualaikum semua...

Hampir setahun lebih aku tak menulis since my last post. Dulu, sinilah tempat aku luahkan apa yang aku rasa hari hari but now banyak dah berubah.. Dengan kekangan masa lagi, takde masa nak menulis. Terlalu banyak untuk difikirkan.

Hmm.. Dalam masa setahun lebih ni, macam-macam dah berubah dan juga macam-macam yang jadi. Kalau nak ceritakan semuanya di sini, boleh jadi novel dah aku rasa. Apa yang membuatkan aku tergerak hati untuk menulis hari ni? - Sebab aku tak boleh tahan dah dengan apa yang aku sedang hadapi sekarang ni.

Manusia makin pijak kepala kita. Tanggapan orang dekat kita memang tak mampu nak ubah. Siapa kata jadi lawyer senang, gaji tinggi? Heh... To me, kalau gaji tinggi sekali pun tapi hati kau tak tenang, tiada gunanya juga. Aku tak kisah dengan workload yang banyak. Yes, itu memang tugas aku. "I pay you, you have to do all the job". Yes, will do but I'm not a robot. Aku sacrifice masa rehat aku sometimes sebab kerja. On weekend, I'm willingly to go to meet client, stayback after 5.30pm but nobody even concern on that. Orang tetap nampak salah kau. Well, seribu kebaikan yang kau buat orang takkan nampak tapi orang akan nampak satu benda buruk yang kau buat. I totally can't brain with this shit anymore. I believe sesiapa je dekat tempat aku now takkan jadi bodoh macam aku.

Yes, aku tengah tunggu masa untuk cari life baru aku. Time tu kau akan tahu, kau akan appreciate apa yang orang lain buat. Yes again, staff memang senang nak cari tapi kau takkan dapat staff yang boleh bertahan lama. Even the clients pun tak bodoh. Clients ada dengan kita bukan sehari dua but all the files melibatkan urusan yang makan masa bertahun tahun so they know whether the staffs yang problem or the company. Simple guys!

Despite of all the shits that I have to go through now, aku kena fikir juga pasal life aku. I'm getting married. In Shaa Allah mission aku nak kahwin on 26 akan tercapai. Semoga Allah permudahkan urusan aku. Sometimes rasa malas nak fikir. Otak aku dah tak mampu nak berfikir and hadap semua ni. Sibuk dengan urusan kerja sampai aku 'lupa' kejap yang aku ni nak kahwin. Orang yang dok ingatkan aku ni dah buat, itu dah buat ke belum. I wish duit aku berkepuk dalam bank dan takkan surut so that aku tak perlu kerja. Biarlah orang nak cakap rugi study 6 tahun tapi at last nak duduk rumah juga. 

Aku sangat bersyukur ada Mak yang memahami aku dan banyak tolong aku.. Ada bakal suami yang aku kenal about 13 tahun yang faham aku even marah aku je kerja dia. Yelah, sebab aku ni degil. Ikut kepala sendiri je, lepas tu tak nak dengar cakap orang. Well said.. :) And now aku juga ada family baru aku, MIOC. Tenang juga hidup sometimes bila dapat jumpa diorang even aku jarang lepak. Yela, anak mak lagi kan.. Nanti dah kahwin "free" sikit ea..

Apa-apa pun aku harap ada rezeki yang terbaik buat aku. Kalau bukan now, maybe later. Doakan semoga semua urusan aku dipermudahkan. Thanks for reading! 

Love,
Myra Latif

Friday, January 9, 2015

Terperangkap

Salam...

Dah masuk tahun baru. Tahun 2015 dan ini bermakna umur aku bertambah lagi. 
Maka 11 hari lagi umur aku bakal menjangkau 25 tahun.
25 tahun tu dah dikira bukan remaja lagi dah sebenarnya..
Somehow aku 'bangga' kerana aku masih dilayan seolah-olah aku ni macam belasan tahun lagi.
Age is just a number actually. I could not find my own way of life.
Bila dah masuk tahun baru, macam-macam yang difikirkan.
Nak itu, nak ini and for sure nak sesuatu yang lebih baik tapi awal-awal lagi dah rasa macam semuanya 'musnah'. Bahasa kasarnya, semua macam 'sucks'!
Tapi apa boleh buat... Hanya boleh memendam rasa. Tak siapa tahu nawaitu kita melainkan Allah.

Tahun baru, semua orang mengharapkan yang indah je akan datang dalam hidup dia tapi kita manusia hanya mampu merancang...
Kita rasakan orang yang paling rapat dengan kita adalah orang yang paling memahami kita tapi sebaliknya.
Sometimes lagi lama kita mengenali seseorang, lagi kita tak memahami dia sebenarnya.
Apa yang kita fikirkan, Allah je yang tahu...
Hati ni meronta-ronta nak lepaskan apa yang kita rasa tapi tersekat..
Sebab apa? Kadang-kadang keadaan tak mengizinkan ataupun 'terpaksa' untuk menjaga hati orang di sekeliling kita.

Hanya mampu menahan...
Lama-lama tahan, boleh jadi parah sebab tak boleh nak lepas.
Tak sampai tahap gila je lagi...
Sampai satu tahap, terfikir nak belajar je, duduk dekat UIA diam-diam serabutkan diri dengan study je.
Benda lain yang jadi, tak ambil tahu.
Tak payah nak fikir pasal hal lain tapi semua tu mustahil.
Semua tu dah berubah... Life dah tak macam dulu.
Dulu boleh goyang kaki tak payah fikir itu ini but now semua nak kena fikir.

Apa yang lagi sakit?
Bila concern pasal seseorang tapi tak tahu niat kita sebenarnya..
Nak cakap lebih-lebih nanti, boleh jadi gaduh so berdiam diri jelah.
Bila dah berdiam diri dan tak boleh nak lepaskan, hati rasa nak meletup lak...
Just sabar dan menangis dalam hati. 

For now, just go with the flow.
He knows better.
Keep calm and smile.


Love,
Myra Latif.


Wednesday, November 12, 2014

Berhenti Berharap

Salam...

Bila rasa nak menulis, aku akan menulis..
Bila dipendam, kita juga stress kan..
So as usual, this is my territory to share..

"Jangan berharap pada sesuatu yang tak mungkin atau belum tentu akan menjadi milik kita"

Apabila kita memulakan usaha untuk mendapatkan sesuatu, for sure kita akan menunggu ia menjadi milik kita..
Tapi tak semudah tu sebenarnya..
Apa yang kita nak, tak semestinya kita akan dapat walau macam mana pun effort kita tu. 
Sedih tu memanglah sedihkan..
Gila tak sedih.. Macam-macam dah usaha aku lakukan..
Angan-angan tak payah ceritalah nak buat itu, nak buat ini.. Heh..
Tapi akhirnya, jika Allah katakan ia bukan rezeki kita, takkan jadi juga kan..
So officially now, aku berhenti berharap..
Terima dengan redha, bukan rezeki aku untuk mendapatkannya...
Aku rasa aku belajar selama enam tahun ni pun, tak rasa macam ni nak mendapatkan segulung ijazah. Lol!

Good side nya aku nampak, Allah suruh simpan duit untuk perkara yang lagi baik..
Simpan duit untuk kahwin tu sebenarnya..
Perkara yang baik, buat apa nak ditangguh-tangguhkan.. Ahaks!
Positive vibes. Hahaha! 
It's okay bukan rezeki aku sekarang..
Mana tahu, yang lebih baik akan datang..
Yeah, to fulfill one of my wishlists walaupun time tu dah jadi besi buruk mungkin? Lol!

Now, move on... Keep calm and redha..
Cepatlah berlalu minggu ni..
Minggu ni minggu mood swing.
Air mata ni macam sungai dah aku rasa. Haha..

Chill Myra. Chill!!

Love,
Myra Latif.

Monday, November 10, 2014

Something to Ponder

Salam...

"Jangan disebabkan satu keburukan, lupa seribu kebaikan"
Nobody is perfect. That's true...
Manusia mana yang tak pernah buat silap..
Apa je kesilapan yang dia buat, di sebalik itu pasti ada juga kebaikan yang dia lakukan.
Jangan disebakan satu kesilapan dia, maka kita lupa seribu perkara baik yang dia pernah lakukan selama ini.
Yeah... Disebabkan ini kita akan mudah memaafkan orang itu walaupun hati kita terluka kan..

Bila orang yang selalu ada bersama kita, ada di depan mata kita, kita jarang nak hargai apa yang dia buat..
Satu kesilapan yang dia lakukan, terus nak dumb.
Yelah, sebab hati tengah sakit kan tetapi bila orang tu tiada..
Tak kisahlah dia pergi jauh ke, dah meninggal ke barulah kita akan rasa satu perasaan yang luar biasa..
Perasaan yang tak dapat dibendung sehingga membuatkan hati kita rasa tak tenang dan juga tak senang..

Semua orang berhak diberi peluang untuk berubah..
Satu silap yang dia lakukan, tak bermakna untuk dia tidak diberikan peluang lagi..
Kita akan rasa lebih terharu bila kita yang dapat merubah orang tu walaupun pada kita, kita rasa tiada apa yang kita lakukan terhadap dia...
Alhamdulillah, the power of Myra Latif mungkin? Heh..
People noticed but I'm not..

Seriously, sometimes I feel like kita je ke kena jaga hati orang?
Hati kita? Siapa pula nak kisah or nak jaga?
Kita tak sedar kadang-kadang, effort orang lain untuk buktikan yang terbaik kepada diri kita..
Well said.. Manusia memang ego.. Siapa nak mengaku dia berak tengah jalan kan?
Same goes to this situation...
Bila orang bercakap apa yang dia nampak, ia membuatkan kita berfikir balik..
Effort orang tu terhadap kita..
Jangan sebab satu kesilapan walaupun ia mengguris hati dan perasaan kita, kita nak salahkan dia..

I've never felt this way before..
I'm trying to chill but I couldn't..
If only you (those who are reading) know..
Kata-kata orang membuatkan aku berfikir balik...
Effort orang tu.. Dia yang dulu dan sekarang..
I don't know whether I'm selfish or I'm too delicate.. 

.... Something to ponder ^.^

Love,
Myra Latif.

Thursday, October 23, 2014

Leaving on a Jet Plane

Salam...

First of all, I'm done with my convocation. Alhamdulillah..
Everything was good. 
Thanks for those who came on my convocation day with the flowers etc.
For sure, I'm highly appreciated.
Special thanks to Mak yang datang dan sanggup dibawa ke hulu ke hilir oleh aku.
Thanks also to the unexpected guest (You know who you are)..
I don't know on how to express my gratitude toward you.
Robe pun dah pulang, scroll pun dah ambil and plus with all those pictures.
So now back to work..

8 months left to complete my chambering.
Today (23 October 2014), genap sebulan dah chambering period aku.
However, too many things which need to be completed before I end my chambering.
Not just sitting here dekat office for these 9 months.
I'm fun doing my chambering here without stress which is good to me and I'm happy for that.

Btw, sometimes aku rasa nak 'lari' sebentar dari semua ni..
Leave everything which I had now and find a new way of life.
Go somewhere and only me to be in that place.
Far from others.. Sometimes we need time for ourself.
Well, dalam hidup kita ada ups and downs and that's normal.
Sometimes we did not know what goes around.
Kita nak jaga hati orang.. Try nak buat semua orang happy sampai kita tak fikir diri kita sendiri.
Yet orang tak fikir pun.. Kita rasa letih dah nak hadap semua ni.

Sampai satu masa aku dah tawar hati, just one..
I'd say that "pergi mampus" and I don't even care about you or nak pujuk pujuk bagai.
When I started to feel in that way, khalasss... :)
Yeah, sometimes aku serabut.. Bukan serabut sebab ada masalah tapi terlalu memikirkan hati orang lain..
Aku tak kisah pasal diri aku asalkan orang lain OK.
Lucky that aku bahagia dengan kerja aku buat now.

Banyak perkara yang aku selalu buat dulu, aku dah tinggalkan.
I don't say that aku takde life dah but aku buat dengan kerelaan dan keikhlasan hati aku.
Move forward and look forward.
Aku happy dengan hidup aku now.
Ada orang yang aku sayang di samping aku but like I said sometimes the uneasy feeling will come.
I feel much better now and I'm glad.
Life aku sekarang is kerja and takde dah nak melagha macam dulu. lol
Balik kerja dah letih and awal dah pengsan.
That's the difference between study life and working life. 

Muhasabah diri pagi pagi datang office, buka PC and I am writing this.
Mencurah-curah pula idea pagi-pagi ni kan..
Thanks for reading..


Love,
Myra Latif.

Wednesday, October 8, 2014

Awesome!

Salam...

Good morning.. Hari ni kita update blog dekat office pula..
Hari-hari datang awal, so kita buat kerja berfaedah sekali sekala. Ahaha!
Alhamdulillah, nak dekat sebulan dah aku bekerja di firma Chung, Huang & Khalid.
So far aku tak stress lagi bila bekerja. Semuanya awesome! Itu paling penting...
Bila tak stress bekerja, stress benda lain pula kan.. Heh..
26 November 2014 ni Short Call. So lepas tu bolehlah konon-kononnya dah boleh pergi court. Hehe..
Aku just fikir nak habiskan sembilan bulan ni je..
Masa berlalu kejap je sebenarnya. Sedar tak sedar, dah habis pun nanti..

Pagi-pagi ni aku kekeringan idea nak menulis apa..
Yang pastinya, aku tengah mengantuk.
Mana tak nya.. Pukul 1am bantai pergi buat LA coffee..
2am still tak boleh tidur tapi terpaksa tidur juga.
Coffee memang sebati dengan diri aku. Coffee addict!
Sesuai juga hantaran nanti minta nescafe Mocha and apa-apa yang berasaskan kopi lah. Hehe!! Supply seumur hidup. ^.^

Selamat bekerja semua!

P/s: Bila nak pukul 5pm ni. Hahaha!

Love, 
Myra Latif

Sunday, August 24, 2014

Apa Yang Dicari?

Salam...

Hati tergerak ingin menulis setelah sekian lama tak menulis di sini.
Dulu di sini lah tempat aku mencurahkan apa yang tersurat dan juga di sebalik yang tersirat di hati ini. 
Selain berkongsi bersama teman-teman, di sinilah salah satu medium untuk aku menulis.

Alhamdulillah.. Setelah enam tahun aku 'menghambakan' diri sebagai seorang pelajar, akhirnya tamat juga perjalanan aku.
Penat lelah dan usaha aku selama ni akan nampak hasilnya. 
Memang lama untukku menunggu hanya untuk mendapatkan segulung ijazah.
Walhal pada waktu dan ketika ini, rakan-rakanku yang lain sudah bertahun-tahun bekerja dan ada juga yang sudah mendirikan masjid dan menimang cahaya mata.
Siapa yang tak nak kan? Tapi belum tiba waktu aku lagi..

Destinasi aku selepas ini adalah sembilan bulan akan berada di firm sebagai pelatih dalam kamar. 
Ikutkan hati, malas sebenarnya tapi disebabkan tuntutan lain, aku akan gigihkan diri juga untuk chambering. 
Dalam masa chambering, banyak misi dan visi aku yang akan aku laksanakan.
Semoga segala urusanku dipermudahkan oleh Allah.

Tanggal 13 Oktober 2014 ini, adalah hari yang aku nantikan.. 
Hari yang amat bersejarah buat aku.
Kegembiraan yang ingin dikongsikan bersama insan-insan yang aku sayangi tapi nampaknya seperti aku seorang sahaja yang akan gembira pada hari itu.. 
Yang pasti, Abah akan melihat anaknya daripada jauh dan akan tersenyum bangga dengan kejayaan aku.
Hanya doa yang dapat aku kirimkan buat abah..
Abah tak sempat untuk merasa duit hasil titik peluh adik..
Adik janji, adik akan buat yang terbaik..

Dalam hidup aku, aku tak minta wang ringgit..
Cukup untuk insan-insan yang terdekat denganku memahami aku dan berkongsi kejayaan aku bersama-sama..
Bila terlalu memikirkan hati orang, kita sanggup berubah dan turuti apa yang diinginkan tapi perubahan yang kita lakukan tidak diambil kisah oleh orang lain..
Semuanya tampak jahat..
Apa yang manusia mahukan sebenarnya?
Perlukah kita turuti semua demi menjaga hati semua orang?
Bagaimana pula dengan hati kita?

Kadang-kadang aku rasakan dah penat untuk hidup di atas muka bumi ini tapi bila fikir balik, ada sebab Allah masih panjangkan umur kita..
Supaya mencari keredhaanNya dan banyak perkara yang masih belum dicapai lagi. 
Hmm.. Hati seperti ingin menjerit.
Supaya lepas semua yang terbuku di hati ini.. 

Apa-apa pun, aku bersyukur Allah mengurniakan aku seorang insan yang sangat memahami dan menerima aku seadanya..
Semoga jodoh kami kekal hingga ke jannah.
Amin...

Love,
Myra Latif.
 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner