Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

Recipes 3 in 1


Masa ni, aku masak.. 22.4.10..
Aku suruh mak aku relax time ni..
Pergh!! best tuuu...
Taraaaaaaaaaaa!!!!

Nama: Telur dadar cukup rasa

Bahan2:

Telur 2 biji
Capsicum dipotong dadu
Lada sulah
Maggi cukup rasa 1 sudu besar



Nama: Sayur campur aneka warna

Bahan2:

Kailan 5 batang
Capsicum 2 biji
Tongkol jagung 5 batang
1 biji bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
Maggi cukup rasa
Sos tiram
Lada hitam
Sedikit air


Nama: Ayam bersos oren versi Scha Myra (modified)
(resipi Muka Haluih)

Bahan (Ayam)

1) isi ayam
2) tepung goreng tepung
3) scukup rasa maggi
4) telur

Bahan (Sos Oren)

1) oren jus (aku guna tropicana twister)
2) bwg putih - tumbuk
3) bwg besar - cincang
4) cuka - cikit
5) air

Cara2nya (Ayam):

1) buat cm ayam goreng tepung
2) ketepikan dulu

Cara2nya (Sos Oren):

1) tumis bwg putih sekejap
2) tambah air
3) tambah cuka ckit
4) masuk oren jus
5) biarkn mdidih & kacau2 ngn api yg perlahan
6) masuk bwg besar yg dcincang



Saturday, May 8, 2010

Apam balik


Tak perlu lagi beli apam balik..
Coz I managed to do it by myself.
Handmade lagi okey!!

Taraaaaaaaaaaa!!! Ini hasilnya!!




Bahan2:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 camca kecil soda bicarbonate
1/2 camca kecil baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Kacang tanah
Jagung
Gula
Marjerin

Cara2:

1. Mesin gula & telur sehingga kembang.
2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air & warna kuning. kemudian mesin lagi.
3. Masukkan tepung dan mesin lagi.
4. Tuangkan di atas kuali yang telah dipanaskan.
5. Saiz ikut suka. kalau nipis lagi best.
6. Letakkan gula, kacang tanah, jagung & merjerin sedikit.
7. Lipat dan sedia untuk dimakan ketika panas.

SELAMAT MENCUBA!!

Friday, May 7, 2010

Popiah banana with ice cream


Ni pula recipe daripada Siti Nurhaliza.. best tu...
semua recipe aku ni berasaskan pisang lak ek..


Bahan2:

Kulit popiah 3 helai
Pisang 2 biji (dibelah dua)
Tepung yang dicampur air sedikit (utk gam popiah)
Minyak untuk menggoreng
Ice cream (perisa ikut suka)
Coklat yang dicairkan
Coklat rice
Coklat chip

Cara2:

1. Letakkan pisang di atas kulit popiah dan gulung.
2. Gam dengan menggunakan tepung.
3. Goreng sehingga kekuningan
4. Letakkan ais krim di atas
5. Curahkan coklat yang telah dicairkan
6. Taburkan coklat rice & coklat chip
7. Sedia untuk dihidang

SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, May 6, 2010

Banana split


Banana split versi aku yang tak berapa nak okey..
Sebab takde cream putih lah...
Kalau tak, barulah jadi..
Macam SR punya.. hm..


Bahan2:

1 biji pisang dibelah dua
2 scopes ice cream coklat
Coklat masakan dicairkan or kalau nak senang beli yang dah siap
Coklat rice
Coklat chip

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, May 5, 2010

Resipi bodoh2 a.k.a potato chicken with cream egg


Masa cuti ni digunakan dengan sebaiknya..
Menghadap TV, channel 703.. AFC..
Aku memang suka modified2 recipe ni.
Suka2 akulah nak buat apa pun..
So far, tak pernah pula tak jadi..
Yang ni pun, tak tahu nak letak nama apa..
Aku rasa nama ni ok ar kot..


Bahan2 untuk diperap:

Bahan A:-

Sos lada hitam
Sos ikan
Minyak bijan
Lada hitam
Garam/cukup rasa
Telur (ambil kuning sahaja)

Bahan B:-

Isi ayam
Kentang 1 biji dibelah 6

Bahan2 A digaulkan bersama bahan B.
Perapkan selama 1 jam di dalam peti sejuk.
Kemudian, keluarkan dan goreng.
Letakkan minyak lebih kurang 4 sudu besar.

Bahan2 untuk kuah:

1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji telur dipukul
Air
Limau nipis-ambil airnya sahaja
Daun limau purut dihiris dan ditabur
2 biji cili padi dihiris nipis
Sos ikan
Minyak bijan
Lada hitam
Kiub ayam dilarutkan dengan sedikit air

Selepas kuah telah masak, curahkan ke atas ayam dan kentang yang telah masak tadi.

SELAMAT MENCUBA!!




Tuesday, May 4, 2010

Kebab ayam


Dah banyak kalilah juga aku buat..
Dapat ilham dari kebab RasaMas..
Tak payah makan dekat sana dah..
Aku buat lagi best!


Bahan2:

Roti pita-dibakar atas kuali then belah dua, belah di tengah2
Cheese
Mayonis (kalau suka)

Bahan2 untuk inti:-

Ayam/daging dikisar atau dipotong dadu
1 biji bawang merah dipotong dadu
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu cili kisar
5 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil minyak bijan
1 biji cili merah dihiris nipis
1 biji capsicum dipotong dadu
Setengah biji timun dipotong dadu
Lada sulah/hitam
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ambil roti pita
2. Letak sekeping cheese di dalam roti pita
3. Letakkan inti

p/s: Kalau suka, letak mayonis di atas inti.


SELAMAT MENCUBA!!

Monday, May 3, 2010

Nasi goreng tom yam



Bahan2:

2 mangkuk nasi (lebih pun takpe)
Udang
Sotong
Isi ayam
Carrot
Kobis bulat
1 biji telur
Minyak
Garam

Bahan2 sos tom yam (mesin):

10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 biji tomato
1 sudu besar udang kering
3 helai daun limau purut

Cara2:

1. Panaskan minyak & tumis bahan sos tom yam
2. Masukkan ayam & carrot
3. Masukkan udang, sotong, kobis & garam
4. Masukkan nasi & kacau
5. Pecahkan telur dan kacau
6. Sedia untuk dihidang

p/s: Kalau tak nak letak sayur pun takpe.. kalau nak sedap lagi, letak minyak bijan & sos ikan sikit. then, kalau nak pedas, letak cili padi 2-3 biji. blend sekali. aku letak capsicum. aku tak letak kobis2 semua tu. sedia maklumlahkan. I tak suka sayur.

SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, May 2, 2010

Ice cream oreo


Macam tak percaya je aku yang buat ni..
Btw, memang sedap!!
Dijamin halal & toyyib!!


Bahan2:

2 1/2 cup dutchlady full cream perisa coklat
2 1/2 cup nestle coffeemate creamer powder
1 paket kecil oreo

Cara2:

1. Masukkan susu coklat & coffeemate ke dalam blender
2. Blend selama 5 minit
3. Then, masukkan 3 keping biskut oreo & blend sehingga sebati.
4. Tuang dalam bekas & masukkan dalam peti sejuk beku lebih kurang 2 jam. lagi lama lagi bagus
5. Blend sekali lagi.
6. Patah2kan biskut oreo yang selebihnya dan campurkan dalam ais krim.
7. Tabur sedikit untuk topping.
8. Tuang kembali ke dalam bekas & masukkan dalam peti sejuk beku sehingga keras.
9. Sedia untuk dimakan!!


SELAMAT MENCUBA!!

Saturday, May 1, 2010

Ice blended


Back to recipe..
Hari ni, ice blended milo.. semua recipe ni dah lama buat..
Tapi baru post..


Bahan-bahan:

5 sudu besar milo
Setengah gelas susu segar (kalau nak cair, tambah lagi)
2 sudu besar ais krim coklat
1 scope ais krim (perisa ikut suka)
Ice
Chocolate rice
Chocolate chip

Cara2:

1. Masukkan milo, susu segar, ais krim coklat
2. Blend kejap
3. Masukkan ice
4. Letak dalam gelas
5. Letakkan ice cream di atas
6. Taburkan chocolate rice & chocolate chip


SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, April 8, 2010

pan cake


Hey guys...
My entry for today is about pan cake!
Just nak share recipe..
So simple!!
So let's try!



Ingredients:

1 cawan tepung
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
Secubit garam
Air
Perwarna kuning
Sedikit baking powder
* Peanut butter/strawberry/chocolate/honey dll (ikut suka): untuk sapu di atas pan cake

Cara-cara:

1. Masukkan tepung, telur, gula, susu pekat manis, garam dan baking powder.

2. Masukkan air. Air tu agak2 sendirilah.. jangan terlalu cair.. jangan terlalu pekat. Ala.. macam bancuhan waffle tu..

3. Masukkan perwarna kuning. kacau sehingga sebati. then korang rasa ar sikit. manis ke, tawar ke. kalau rasa macam tawar, tambah lagi sikit gula atau susu pekat manis.

4. Panaskan kuali, letak sedikit marjerin.

5. Size pan cake ikut suka nak besar mana pun. Biarkan sehingga kekuningan. jangan hangus pula ek.

6. Hidangkan semasa panas2.. letak perisa yang anda suka. then siap!!

7. Selamat menjamu selera!!

SEKIAN

Friday, March 5, 2010

Hand made bahulu by CIK MYRA

Hello to all readers!! Lately, asyik sakit kepala je... don't know why.. does anybody know why?? hahah!! what kind of question is that.. hm.. but somebody said aku sakit kepala sebab aku takde masalah.. really?? sebab aku selalu ada masalah. heh! sengal je! then perut pula sakit je hari2.. makan untuk buang. hek2!! so now startlah makan ubat balik. ubat yang dah macam gunung kinabalu and bercita2 nak jadikan macam gunung everest. hehe!! tak mustahil what..

Hm.. today, I baked bahulu.. sedap tuuuu.... speechless!! anyone would like to try? here is the recipe. kui3x!

Ingredients:

1 mangkuk telur (asingkan kuning dan putih)
1 mangkuk gula
1 mangkuk tepung (lebihkan sikit)
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning

Cara2:

1. Pukul putih telur hingga kembang. jadi meringue lah.. pastikan tak bercampur dengan kuning telur atau air. kalau tak, tak jadi nanti. jangan salahkan I pula ek. hehe

2. Lepas dah kembang, masukkan kuning telur satu per satu. putar.

3. Masukkan gula dan putar sehingga kembang. pastikan betul2 kembang.

4. Masukkan baking powder.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. apabila dah sebati, masukkan pewarna kuning.

6. Isikan dalam bekas yang telah disapu marjerin dan tepung untuk mengelakkan daripada melekat.

7. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C lebih kurang 30 minit. jika nak tahu masak atau tidak, cucuk dengan lidi. kalau tak melekat, dah masaklah tu.

8. Sedia untuk dihidang dan dimakan. tapi kalau nak potong tu, tunggu sejuk dululah.

SELAMAT MENCUBA!!!




p/s: Especially ditujukan buat CIK YANA. jika ada sebarang kesulitan, sila hubungi saya. huhu! saiz mangkuk tak kisah tapi janganlah besar sangat. kalau nak buat dalam acuan seperti di dalam gambar, makan masa ar sebab nak tunggu dia masak, lepas tu nak buat lagi untuk seterusnya sampailah habis. so aku suggest letak dalam bekas cake terus, tunggu dia masak, lepas tu potong.




 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner