Tuesday, June 2, 2009

Suatu kisah di tangga.. Jeng3x!!

First of all, aku nak gelak dulu sebelum orang lain gelakkan aku. Hahahah!! Dah kisahnya di tangga so of courselah berkaitan dengan tangga. Kisah ni terjadi pada suatu petang yang hening bertarikh 24 May 2009. Dalam perjalanan ke suatu tempat dengan berlari kerana nak cepat, sesuatu telah terjadi kepada aku. Yang tak dapat aku lupakan buat selamanya. Hehe!! Ini semua adalah to ensure everything runs smoothly. Konon!! Tak semena-mena aku telah buat free show untuk tontonan orang ramai. Aku jatuh tangga!! Haha!! Bukan jatuh pun tapi aku terslide. Adalah dalam empat anak tangga. Pastu dahlah kasut aku tercabut. Apa lagi.. dengan tak pandang kiri kanan depan and belakang, aku terus ambil kasut aku, pakai then aku terus blah ar.. Malu siot!! Dahlah ada dua orang brothers dekat belakang aku.. Dia perasan ke tak ek?? Kalau dia perasan, habislah jatuh saham aku. Uhuk!! Dahlah ramai orang dekat belakang aku. Dengan muka selambanya, aku blah je ar tapi kesakitannya hanya Allah je yang tahu. Masalahnya sekarang, siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?? Adakah kasut, tangga atau aku??? Erm.. Mari kita fikirkan bersama. Fuh!! memang gila ar.. Sampai mati aku ingat insiden free tu. Bukan senang nak buat macam tu. Harap2 lah takde orang yang kenal aku. Kalau tak dekat mana aku nak letak muka aku yang cun ni?? Hehe!! Memang power ar.. Oleh itu, pesanan penaja, "Berhati-hatilah ketika menuruni anak tangga!". Haha!!!

0 Feedbacks:

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner