Wednesday, March 31, 2010

mimpi


Mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, fikiran, perasaan, atau deria2 lain dalam tidur, terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat (rapid eye movement/REM sleep).

Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Perkecualiannya adalah dalam mimpi yang disebut lucid dreaming. Dalam mimpi demikian, pemimpi menyedari bahawa dia sedang bermimpi saat mimpi tersebut masih berlangsung, dan kadang2 mampu mengubah lingkungan dalam mimpinya serta mengendalikan beberapa aspek dalam mimpi tersebut.

Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi, misalnya emosi takut dalam mimpi buruk. Ilmu yang mempelajari mimpi disebut oneirologi.

Sejak zaman berzaman tidur menjadi subjek yang menarik untuk dibincangkan. Ada yang berpendapat bahawa mimpi merupakan mainan tidur, ada yang menganggap mimpi adalah mainan syaitan dan ada mimpi yang dianggap sebagai satu perkara yang akan berlaku.
Pernahkah anda melihat seseorang itu tidur dengan lena, tetapi tiba-tiba mereka bercakap di dalam tidur atau berkata-kata sesuatu yang tidak difahami, malah ada yang menjerit minta tolong? Kenapa manusia bermimpi?? Saintis tidak dapat memberi kepastian. Ada berpendapat ia merupakan proses fisiologi badan manusia seperti bernafas dan bergerak. Ada berpendapat bahawa ia adalah proses manifestasi minda di bawah sedar. Ada juga yang berpendapat bahawa inilah masanya otak menyusun memori, membuang mana yang tidak perlu dan merekod mana yang perlu.

Di dalam Islam, mimpi memainkan peranan penting dan sejarahnya pernah dicatit di dalam Al-Quran di dalam Kisah Nabi Yusuf.
"Dan raja berkata, 'Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi.'" (12:43)

"Berkata (Yusuf), 'Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah.'" (12:47-49)

Apapun, tidur yang mencukupi sangat penting untuk badan manusia terutama kanak-kanak kerana tidur yang cukup membantu proses pembesaran dan pembelajaran anak-anak.
Walaupun begitu terdapat penyakit seperti "Narcolepsy" satu keadaan di mana seseorang itu selalu mengantuk, sering tidur dan merasakan badan penat dan satu keadaan dipanggil "Insomnia" iaitu penyakit susah nak tidur adalah di antara masalah tidur yang boleh dialami oleh seseorang.

Erm... semalam dan kelmarin...
Aku mimpikan perkara yang sama..
Apa yang dimimpikan??
Aku mimpi semua rakanku berada di dalamnya..
Aku membuatkan mereka terluka.. menangis..
Dan semalam aku mimpikan keluargaku juga..
Mimpi yang sama berlaku dua malam berturut2..
Apakah maksud disebaliknya??
Aku sendiri tidak mengerti..
Aku hanya mendoakan yang terbaik..
Buat diriku dan semuanya...
Aku tidak mahu melukakan hati sesiapa..
Seperti aku terluka kerana manusia2 yang tidak berguna..
Aku mengharapkan ia adalah mainan tidur semata2...


Wallahu A'lam..

0 Feedbacks:

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner