Wednesday, May 5, 2010

Resipi bodoh2 a.k.a potato chicken with cream egg


Masa cuti ni digunakan dengan sebaiknya..
Menghadap TV, channel 703.. AFC..
Aku memang suka modified2 recipe ni.
Suka2 akulah nak buat apa pun..
So far, tak pernah pula tak jadi..
Yang ni pun, tak tahu nak letak nama apa..
Aku rasa nama ni ok ar kot..


Bahan2 untuk diperap:

Bahan A:-

Sos lada hitam
Sos ikan
Minyak bijan
Lada hitam
Garam/cukup rasa
Telur (ambil kuning sahaja)

Bahan B:-

Isi ayam
Kentang 1 biji dibelah 6

Bahan2 A digaulkan bersama bahan B.
Perapkan selama 1 jam di dalam peti sejuk.
Kemudian, keluarkan dan goreng.
Letakkan minyak lebih kurang 4 sudu besar.

Bahan2 untuk kuah:

1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji telur dipukul
Air
Limau nipis-ambil airnya sahaja
Daun limau purut dihiris dan ditabur
2 biji cili padi dihiris nipis
Sos ikan
Minyak bijan
Lada hitam
Kiub ayam dilarutkan dengan sedikit air

Selepas kuah telah masak, curahkan ke atas ayam dan kentang yang telah masak tadi.

SELAMAT MENCUBA!!




0 Feedbacks:

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner