Sunday, January 30, 2011

Bukan Diriku..

"Terimalah orang yang mencintai kita kerana
Belum tentu orang yang dicintai akan membalas cinta kita.
Mencintai itu amat menyeksakan,
Tetapi jika saling mencintai, sudah pasti ia dapat
Membahagiakan hidup seseorang itu “

Bait2 kata yang diukir sendiri...
Senang untuk diungkapkan...
Tetapi sukar untuk dilaksanakan..
Tidak tahu di mana silapnya...

Yeah...
Aku sepatutnya ikut pada bait2 kata tersebut..
Aku tak mengerti kenapa ini semua mesti terjadi..
Mengapa ini semua adalah penamatan dalam hidupku..
Mungkin ada hikmahnya..
Dan mungkin juga balasan daripadaNya..

Orang yang betul2 sayang dan cinta,
tak nak diterima...
Itulah orang yang dapat membahagiakan aku sebenarnya..
Kenapa susah sangat?
Sekarang tiada apa yang perlu dikesalkan..
Jalan yang dipilih sendiri.
Tiada sesiapa yang harus dipersalahkan..

Aku terima orang yang akan mengecewakan aku..
Why my life should end up like this?
Apa salah aku?
Apa yang tak kena sebenarnya?

Aku tahu aku seorang sahaja yang akan dipersalahkan..
Orang akan mengatakan bahawa,
"Kaulah punca segalanya!"
aku yang meletakkan titik noktah di situ!
Tapi itu semua adalah sebaliknya..
SILAP!
Bukan aku yang memulakan, dan bukan juga aku yang mengakhirinya..
Aku hanya melihat trilogi cinta yang bermula dengan indah..
tetapi berakhir dengan kepahitan..
Terlalu sukar untuk ditelan..
Aku tak sangka kopi yang telah diletakkan gula, tidak mahu diminum..
Sanggup buat yang baru untuk merasakan kepahitannya di situ.
Kenapa mesti begitu?

Tolong...
Jangan salahkan diri aku dalam hal ini..
Bukan aku yang memulakan semuanya..
Semua ini adalah daripada pihak dia..
Aku hanya menerima apa jua keputusan daripada dia..
Aku tidak suka memaksa..
Oleh itu, aku hanya redha dengan apa yang telah ditentukan olehNya..
Aku tahu, memandangkan dengan keadaan dia yang sebegitu rupa,
Orang akan menuding jari ke arah aku..
Aku yang memulakan semua ini kerana kekurangan pada dirinya..
Tapi ternyata tanggapan kalian, tidak betul sama sekali!
Tiada sedikit pun yang berubah daripada pihak aku..
Nasi yang dah jadi bubur, memang tidak dapat diubah lagi..
Melainkan masak yang baru..
Begitu juga dengan hati dia..
Tiada apa yang dapat aku ubah..
Aku terima walaupun lukanya masih tetap berbekas..
 dan akan terus meninggalkan kesan.,
Sampai bila2...
Aku tidak menyangkakan ini akan terjadi..
Itu yang akan terkeluar dari mulut dia..
Begitu cepat manusia boleh berubah..
Hilang semua pendirian..
Kata2 yang dilafazkan hanya dusta!
Tidak memikirkan perasaan aku..

Oleh itu...
Mencintai... atau Dicintai??
Yang mana harus diterima....
Renung2 kan...

XOXO

2 Feedbacks:

Hafriz Mohamad said...

Cintai yg Maha Mencintai..

Hafidz Nasir said...

sabarla myra ,cinta yang sejati bukan datang sendiri ,tetapi perlu dicari :)

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner