Wednesday, September 7, 2011

Jaga Hati Orang

Salam...

Tiba-tiba rasa tertarik pula nak bahaskan pasal ni... 
Ideanya?? Dari status Cik Yana, banyak ilham yang didapati dari situ..
Bukan niat nak menyinggung hati mana-mana pihak..
But in general... Sekadar renungan buat semua...


says if you feel inconvenience with my status, my posts, my pictures, the way I'm talking to you? Feel free to remove me from your facebook, unfollow me from your twitter account and plus delete me from your contact. I'm ok with that ;)
Okay tak Yana Hernandez?? @_@



Kadang-kadang kan, kita je kan yang nak kena fikir and jaga hati orang..
Orang tak fikir nak jaga hati kita...
Kalau tak suka kita, dah.. Ikut je status Yana tu.. Huhu!!
Tak gitu??? Bak kata Syakeer.. :D


Kita selalu fikirkan diri kita je yang bagus, apa yang kita buat semua betul..
Kita buat semua tu tanpa memikirkan hati orang lain..
Kita tak fikir sama ada orang suka kita ke tak..
Tapi sebelah pihak lagi berusaha untuk menjaga hati pihak tersebut..


Bila kita rasa kita nak dengan orang tu, nak kawan dengan dia, kita cari dia...
Kalau tak, kita cari orang lain, kawan dengan orang lain..
Orang tu ditinggalkan and kalau ye orang tu berada dalam senarai kawan kita sekali pun,
mungkin insan tersebut berada di ranking yang terakhir...
Apalah perasaan orang tu kan....
And apalah pelaku tu rasa time dia buat sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang lain??


But... Bila orang buat dia macam tu, dia rasa perkara yang sama..
And lagi berapi aku rasa.. Hoho!! Macam tulah juga berapinya insan yang terluka..
Nasib baik orang tu seorang yang penyabar.. Hanya menelan selagi mampu demi menjaga hati sesetengah insan.
Lebih-lebih lagi orang itu.. 
Susah nak jaga hati orang ni sebenarnya... Lagi susah dari nak jawab exam...
Jawab exam, kalau kita baca insyaAllah, boleh jawab..
Bab-bab jaga hati orang ni, lain....
Memang tak sama and tiada apa yang boleh disamakan..


So renung-renungkanlah dan selamat mengamalkannya..
Aku just cakap secara general..
Termasuk diri aku sendiri..
Kita tak sedar apa yang kita buat pada setiap masa dan setiap saat..
Sama-samalah kita bermuhasabah diri...
Kadang-kadang tutur kata kita, pada zahirnya kita tidak merasakan apa-apa.. Kosong!!
Tapi pada orang lain, mungkin lagi pedih dari dihiris pisau..


Kawan yang baik susah kita nak cari..
kalau dah ada tu, hargailah... Try not to hurt their feeling..
Susah nak cari kawan yang betul2 setia dengan kita...
Walau jahat mana pun dia, dia tetap kawan kita...
Jangan bila susah je cari kawan kita tu.. Bila susah, kita buang dia..


Kesimpulannya, sometimes kita terpaksa berpura-pura demi menjaga hati insan tersebut...
Walau macam mana pun kita terluka, demi menjaga hati, kita sanggup..
Ini semua kerana.. HANYA MENJAGA HATI SEORANG KAWAN.
Walaupun kita tak ikhlas kadang-kadang, we have to do it for the sake of others..


SEKIAN..
Xoxo

1 Feedbacks:

Anonymous said...

lol XD

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner