Wednesday, October 19, 2011

"Flight Landed"

Salam...

Dah sebulan aku tak update blog...
Jadi sarang apa dah agaknya kan..
Kenapa tak update?? Entah..
Datang satu mood yang menyeru supaya tak update blog,
tak payah buat apa2...
Ambil pendekatan yang baik iaitu:
"Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata"
Bila kita senyap pun orang mengata, so better tak payah cakap terus..
Bila cakap apa-apa, for surelah orang mengatakan..

Disebabkan banyak sungguh perkara yang terjadi dalam hidup ini,
So aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri...
Sebab bila kita diam pun, ada gak suara-suara sumbang yang kedengaran...
Tak rasa nak update blog, tak rasa nak berfacebooking, twitttering etc.
Dulu ya, mesti nak update blog, status setiap saat nak update tapi sekarang entahlah...

Aku seorang yang professional..
Bila kerja, kerja... Personal is personal..
If kau ada masalah dengan aku, itu masalah kau..
Hanya kau je yang tahu apa masalah kau dengan aku..
Aku tak rasa aku ada masalah dengan kau, so aku tak perlu nak serabutkan kepala aku memikirkan kau nak mengata aku or kau suka aku ke tak...
Aku rasa aku takde salah dekat kau, so itu tak jadi masalah bagi aku.
Orang nak cakap apa, cakap.. Orang takde dekat tempat kita, dia boleh cakap apa je..
Bila kena pada diri dia, kau akan datang jumpa aku sendiri, and time tu aku akan 'gelak' dalam hati.
Kau rasa apa yang aku rasa.. Kau berada dalam 'kasut' aku sekarang..
As easy as that.. :)

Alhamdulillah, perkara2 yang membebani fikiran aku telah pun selesai...
Tak perlu nak diungkit lagi and jangan sebab kesilapan lalu seseorang itu,
Dia akan 'dicop' sebegitu rupa hingga akhir hayat dia..
Semua manusia buat silap..
Tiada hamba Allah yang sempurna dalam dunia ni...
So everyone deserves a chance to be a better person and to 'fix' themselves.
Muhasabah diri.. :)

Allah takkan uji seseorang tu kalau Allah tahu orang tu tak mampu...
Setiap ujian yang diberikan pada aku, adakah Allah rasa aku mampu menerimanya??
Kalau orang tanya aku, tak pernahlah aku katakan "sihat"...
Tapi orang cakap, aku bertuah sebab sakit tu penghapus dosa..
Bukan semua orang dipilih oleh Allah...
Dah seminggu lebih menanggung sakit gigi yang kritikal... :(
Tak masuk lagi sakit2 yang dah tersenarai..
Alhamdulillah.... Ini semua ujian daripadaNya..

Semester ni...
Memang takde rehat... Hari2 ada je kerja...
Tiada istilah "takde kerja hari ni"
Kerja banyak tapi tak tahu mana yang patut buat dulu...
Tests, assignments, presentations menanti...
Semua dalam list... Yang tersedia, perlu dibuat then ditambah pula dengan yang datang lagi..
Rasa takut sangat... Semua subjek terasa susah.. banyak yang kena ingat....
Kepala otak ni pula slow sekarang..
Aku tak nak pisang masa first year first sem, berbuah lagi...
Biarlah pisang tu tak berbuah sampai aku forth year nanti...
Then baru minggu keenam, banyak class dah aku tak datang...
Lucky then, dapat lecturers yang memahami keadaan aku...
Belajar memandu pun sama.. Slow!!

Hidup ni jangan terlalu bergantung pada orang walau macam mana baik pun orang tu dengan kita..
Hati manusia boleh berubah pada bila-bila masa...
Dalam sesaat, apa pun boleh berubah...
Berubah kepada yang baik atau pun sebaliknya...
Kadang-kadang kita perlukan seseorang tapi kita tak leh expect seseorang itu akan memahami kita or sentiasa ada dengan kita...
Allah dah membuatkan hati aku untuk memaafkan insan yang aku benci dalam hidup aku...
Like I said, hati manusia boleh berubah..
Bila kita maafkan orang, hati kita akan tenang and kurang sikit bebanan yang patut ditanggung..

Btw, doakan aku sihat...
Hidup aku sentiasa ceria and bahagia...
Dapat complete all subjects this sem berpadanan and bersesuaian dengan usaha aku...
InsyaAllah... :)


0 Feedbacks:

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner