Tuesday, September 17, 2013

Jangan Pernah Berubah


Saat kau hadir
Kau menghayunkan langkahmu
Selangkah demi selangkah
Menuju kepadaku
Aku yang berada di hujung sana
Menantikan kedatanganmu

Ketika kau muncul di hadapanku
Hatiku mula merasa gembira
Gembira dengan kehadiranmu
Merubah semuanya
Dulu yang duka
Kini menjadi suka
Wajah yang muram
Kini tidak lagi suram

Setiap detik berlalu
Hari demi hari
Semua terjalin seperti biasa
Sehingga tidak sedar sekian lama sudah berlalu
Terlalu indah sehingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata
Raut wajah sudah cukup memaparkan segalanya
Betapa bahagia, betapa cerianya
Oh dunia!! Lihatlah!! Betapa gembiranya insan ini

Tetapi hari bertukar hari
Bulan terus berlalu
Tahun ke tahun
Seperti air sungai
Tidak berhenti mengalir
Walaupun hati mampu berubah
Pelbagai onak dan duri
Pedih, sakit dan kecewa
Semua itu tidak melunturkan segalanya
Hatiku tetap satu, utuh
Hanya pada dia

Hatiku tak pernah berubah walau sedetik pun
Biarlah beribu insan yang menjelma
Mengisi kekosongan hati
Tetapi hanya untuk seketika
Ia tidak memberikan seribu
Mahu pun sejuta makna
Cinta hanya mampu digapai
Tulus daripada dia
Yang tiada tolok bandingnya

Dia tidak sempurna
Tiada yang suka
Tidak peduli itu semua
Aku yang mengenali siapa dia
Perubahan harus diterima
Untuk kebaikan semua

Percaya atau tidak
Itu tidak memberi makna
Jika tidak mampu untuk meneroka
Apa yang tersirat di hati dia
Biarlah masa yang menentukan segalanya
Aku tidak pernah bermain dengan kata-kata
Hati tidak pernah menipu
Tiada yang lain selain dia

Harapan…
Agar jodoh tetap utuh..
Hingga ke akhir sana
Dengan doa daripada Dia
Yang menentukan segalanya
Siapa yang terbaik yang ditentukan oleh-Nya

Doa dan harapan
Jangan pernah berubah
Hati ini hanya untuk dia
Mengharapkan akan kekal buat selamanya
Hanya inginkan yang terbaik buat semua
Tiada dua tiada tiga
Hanya satu yang ku cinta
Itulah dia

Hati…
Jangan kau pernah berubah



0 Feedbacks:

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner