Wednesday, December 18, 2013

Old Life And New Life

Salam...

Dah lama tak menulis.. As usual, semester ni memang busy..
Busy dengan macam-macam hal... Berkaitan dengan study mahu pun hal-hal lain.
Ada orang yang rindu dekat aku tu, bacalah post aku yang sama berulang kali. Ahaks!
Dah dua minggu aku tak sihat. Datang class pun tenggelam timbul macam biskut.
Seriously, semester ni memang paling teruk i.e. bukan diri aku yang dulu.
Setiap hari semuanya akan berubah.. Antara berubah ke arah baik atau tidak, itu je perbezaannya.

Next week nak final dah. Kejap je masa berlalu..
Lepas tu, dah final year final semester.
Dulu bukan main lama lagi nak menunggu ke final year.
Alhamdulillah, penantian bakal berakhir tak lama lagi.
Semester ni memang sangat-sangat mencabar.
Kadang-kadang tak tahu pun apa yang aku belajar sebenarnya.
Nak putar balik masa, memang tak bolehlah kan..
Oleh itu, teruskan jelah hidup ni.
It's no use to cry over spilt milk dah pun.

Hidup mesti diteruskan...
Apa-apa yang jadi pun kita kena redha..
Jadikan pengajaran apa yang jadi dalam hidup kita.
Semoga dapat membuatkan kita lebih matang lagi...
Tak semua yang diinginkan, kita akan dapat..
Ada sebab dan hikmahnya kenapa Allah tak bagi apa yang kita nak.
Allah knows better. Kita just berdoa je.
Aku pun malas nak fikir panjang-panjang...
Sekarang masanya aku focus pada final exam.
Itu penentu masa depan aku.
Bukan orang lain yang akan tolong kita nanti melainkan diri kita sendiri.
Kita jatuh ke bangun ke, kita yang akan tentukan.

Pada sesiapa yang berkenaan, just get rid of my life.
Aku dengan hidup aku....
Aku dah letih, dah penat nak melayan kerenah manusia yang tiada penghujungnya..
Doakan aku sihat and sukses dalam final exam...
Cepat aku lulus, cepat aku blah dari UIA ni.
I need my old life baaaaccccckkkk!!!

Love,

Myra Latif.

0 Feedbacks:

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner