Salam...
Jam menunjukkan pukul 4.10am ketika entry ini ditulis.
I was awake! Memang tak best bila dah terjaga waktu-waktu macam ni.
So anything to say here? - Yes!
Randomly saying this...
Dalam hidup ni, kita tak boleh nak puaskan hati setiap orang.
Mesti ada pihak yang akan terkesan dengan setiap apa je yang kita lakukan.
Honestly, we can't avoid from that thing to happen.
Susah juga bila nak berhadapan dengan hamba Allah yang tidak mampu untuk mengerti apa yang diucapkan.
Manusia cenderung untuk melakukan kesilapan.
Kita ini manusia biasa. Tak mampu nak memenuhi segala kemahuan setiap pihak.
Mohon mengerti isi hati ini.
Manusia mampu merancang dan juga berusaha dalam masa yang sama.
Apa-apa pun, akhirnya Allah juga yang menentukan segalanya.
Kita takkan mampu menolak apa yang telah ditakdirkan olehNya.
Ikut je flow hidup kita ni... Terima sahaja apa yang di depan mata.
Kita tak tahu apa yang akan terjadi kelak.
Rancanglah walau macam mana pun tapi kalau Allah tak izinkan, takkan jadi juga.
Oleh itu, berdoa jelah untuk mencapai apa yang diingini dan dihajati.
Tidak terniat langsung untuk melukakan hati mana-mana pihak.
Diri ini cuma satu, hati ini juga cuma satu dan semuanya hanya satu untuk diberikan kepada seorang sahaja.
Aku bukanlah kaum Adam yang mampu untuk memiliki sehingga empat.
Aku hanyalah kaum Hawa yang mampu dimiliki oleh seorang sahaja.
Hati ini masih mencari. Aku tidak lari. Aku masih di sini.
Harap mengerti apa yang aku katakan di sini.
Love,
Myra Latif.
1 Feedbacks:
adam dan hawa
azam dan makwa
Post a Comment