Salam to all readers.. hari ni entry saya pasal kehidupan yang saya telah lalui sepanjang pengajian saya di CFS IIUM, NILAI selama 1 tahun 8 bulan dan 9 hari. hingga final paper sayalah. selama inilah juga saya bergelar penduduk di Negeri Sembilan walaupun saya tak rasa yang Nilai itu di Negeri Sembilan.. pertama kali menjejakkan kaki ke UIA?? ini jawapan saya.. "Ini ke tempat belajar aku? tak macam campus pun." tapi apa boleh buat dah tempatnya macam tu. kira shop lot.. jauh berbeza dengan campus untuk sciences. for arts inilah tempatnya tapi nak belajar. tak kisahlah di mana pun. mula2 tu macam rusa masuk kampunglah juga. hahha!! why?? because I've never been there. itulah saat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke Nilai.. macam2 ada.. ada restoran cina, ada hotel dan juga karaoke. ish2!! UIA terletak di sekitar situ. macam tak percaya je tapi ada pro & cons nya.. tempat kita orang public area.. only for my mahallah a.k.a hostel. dalam kawasan. ada pagar.. kalau mahallah lelaki takde so diorang a bit free nak ke mana pun. kalau nak balik pun tak payah outing card. saya ni pula jenis tak pandai nak langgar2 peraturan ni. tak suka! tapi mula2 jelah skema. bila dah jadi senior tu, haha!! fly jelah. lagi pun saya balik pun bukan bawa luggage. just bring my lap top bag. huhu! mak cik guard tak tahu pun tapi kadang2 saya ambillah juga outing card. ikut mood! sebab nak minta tu, kadang2 ada class or kadang2 fellow/warden takde. saya tahu mak cik guard takde blog saya. haha!!
CFS IIUM, Nilai
CFS IIUM, PJ
About my life there? erm.. banyak pahit & manisnya.. kalau story detail dekat sini memang panjanglah. masa saya first sem? ada sesuatu yang terjadi and pada yang tahu tu, diorang tahulah.. tak perlu saya cerita di sini.. nasib baik dengan adanya dormmates yang baik, alhamdulillah. mereka semua ada untuk membantu saya. sampai satu masa saya mengambil keputusan untuk berhenti dari UIA tapi fellow saya time tu (Mdm Noritta) nasihatkan saya tak perlu. kalau nak juga, gugur untuk satu sem je. lagi pun saya dah setengah jalan time tu. takkan nak blah.. sampai sekarang Mdm still ingat saya. ada juga komen2 dengan Mdm dekat Fb. hehe! Mdm pun layan.. berkat kesabaran saya, alhamdulillah. masa first sem, saya dapat 3.5.. tak sangka sangat sebenarnya.. masa tu saya duduk dekat bilik E-2-4.. selama 1 sem. dormmates semua okey. memahami diri saya ni. and yang saya paling sayang, kakak angkat saya. Kak Naz. sekarang dia dah masuk Gombak. hurm.. masa second sem, dia dah takde. rasa sedih sangat. selalu saya makan dengan dia.. cerita masalah dengan dia. sampai saat ni, kita orang still baik. makan dekat Nilai? buat pengetahuan semua, saya ni memang cerewet yang teramat sangat bab2 makan ni and apa punlah.. fussy girl! kawan2 memang dah tahu dah kalau nak beli makanan saya macam mana. hehe! terima kasihlah ye kerana tahan dengan karenah saya ini.
Masa second sem pula.. heh.. rasa nak keluar UIA juga. gara2 belajar arab level 2. susah! lecturer dia pula foreigner.. fuh! memang menangis tak keluar air matalah saya. sampai mendapat khidmat nasihat kira pak cik sayalah.. dekan dekat UNITEN time tu. free lecture wa cakap lu! then berkat kesabaran, lepas tu tukar lecturer.. fuh! memang bestlah! ustazah fakriah tak silap namanya.. memang best dia ajar. saya just hope for C je tapi alhamdulillah dapat B- rasanya.. tapi masa short sem pointer saya jatuh menjunam.. sebabnya?? erm.. rasa2?? entahlah.. saya pun tak tahulah itu ke puncanya.. tapi takpelah.. nak buat macam mana. saya ada bagi tahu Cikgu Maria yang merupakan cikgu kesayangan saya merangkap mentor saya masa sekolah menengah dulu. dia cakap sekarang belajar je dulu.. dia cakap cinta ni sebenarnya menggangu walaupun kita tak perasan.. saya pun rasa begitu. tapi salah saya juga sebab ada dua C+ time tu. itu yang pointer dropped. thanks ye cikgu..
Masa third sem a.k.a short sem, saya ambil subjek BI level 6.. lecturer yang ajar tu, memang best sangat2!! seronok dia ajar. Mdm Narmi.. seronok2 pun, dapat C+ juga.. haha!! markah semua dah okey tapi biasalah section reading ni saya memang tak suka. bosan! yang lain saya okey. Mdm questioned me, "how come your reading so low?" and my answer, "I just smile at that time. hehe!!". relax lah mdm.. well, saya dapat tebus masa English Placement Test(EPT). once we completed all the english levels, we have to seat for EPT to ensure that we've completed the english subject. and guess what?? I got EPT1.. means exempted! great!!
Then enter for second year.. wow!! really tough actually.. core course subjects.. hurm.. alhamdulillah.. oklah... walaupun ada target yang tak betul. as my mom said, tak dapat cangkukkan?? means C lah.. just belajar untuk bersyukur.. and this sem pointer saya naik.. kembali stabil.. tapi itulah.. pointer kalau drop memang banyak tapi bila nak naik, ala... ciput je! masa ni, subject Islamic Legal History (ILH), fuh!! saya tak faham satu apa pun!! takut sangat nak exam time tu. tapi macam mana entah, dapat hidayah.. bolehlah buat. result pun, alhamdulillah. okey.. inilah akibatnya orang yang tak minat sejarah tapi ambil laws. haha!! for Introduction to Islamic Law (ITIL), fuh!! banyak gila ayat al-qur'an yang nak kena hafal.. tapi alhamdulillah.. ok juga. saya ni poyo je lebih sebenarnya cakap tak boleh buat tapi dapat result, ok pula. memang pelik..
Wow!! my last sem finally arrived. macam tak sangka dah last sem.. lepas ni boleh masuk Gombak!! yeye!! memang suka.. this last sem all the subjects quite tough especially for General Principles of Law II (GPL2). really make me headache!! takut sangat2!! especially for constitutional.. erm.. tapi again, alhamdulillah.. memang saya tak sangka dapat result macam tu!! as I told you all in my previous post.. masa sem ni, and since short sem, saya duduk bilik lain pula.. D-G-8.. erm.. my dormmates time ni memang berbeza sangat dengan yang dulu tapi semuanya baik2... ala.. kalau ada masalah tu, adatlah.. laut mana yang tak bergelorakan? tapi masa nak habis tu, rasa sedih pula nak tinggalkan Nilai. haha!! poyolah pulakkan?? kalau tak, bukan main lagi nak cepat habis.. inilah manusia...
Actually, memang tak sangka dah habis dua tahun belajar di Nilai.. lepas ni, Gombak pula menanti.. tunggu ye!! well, to all my friends, teruskan usaha kita ye di Gombak nanti. come on babe!!
Subjects for foundation that I've completed:
Core courses:
SAM 2153 - Islamic Legal History
SAM 2173 - Introduction to Law
SAM 2183 - General Principles of Law I
SAM 2253 - Introduction to Islamic Law
SAM 2273 - Law & Society
SAM 2283 - General Principles of Law II
SAM 2293 - Basic Legal Methods
English Language:
LEM 4013 - English Language IV
LEM 5012 - English Language V
LEM 6012 - English Language VI
Arabic Language:
LQM 1120 - Elementary Qur'anic Language
LQM 2120 - Intermediate Qur'anic Language
Computer:
ISM 2112 - Introduction to Computer I
Fundamental of Islamic Courses:
FIM 1113 - Understanding Islam
FIM 1233 - Basic Themes of Al-Qur'an
0 Feedbacks:
Post a Comment