Friday, June 26, 2009

Sekadar renungan bersama...

Dari hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah S.A.W bersabda yang Allah telah berfirman bahawa ganjaran untuk hambaKu yang taat kepada-Ku, apabila aku tarik sahabatnya atau saudaranya dari muka bumi ini; yakni mati, dan dia menerimanya dengan sabar kerana Aku, maka memang syurgalah yang menantinya. maknanya Allah dah berjanji siap2, apabila berlaku musibah yang sebegitu maka bersabarlah. syurga menanti. tapi tak boleh juga kalau waktu kehilangan tu kita menangis macam kena histeria, lepas tu baru nak kata 'aku bersabar'. tak jadi macam tu.. sebagai contoh, seorang sahabat saya pernah kehilangan anaknya yang kedua yang ketika itu masih dalam kandungan.. bayangkan.. anaklah katakan. masih dalam kandungan lagi pula tu. macam kita pun. kalau isteri mengandung, seronoknya tak terkata. dah mula merancang nak bagi nama apa, itu ini. namun sahabta saya ini tak sempat nak menyambut kelahiran anak ini kerana anak itu terlebih dahulu bertemu Penciptanya sebelum sempat menjenguk dunia. meninggal dunia dia dalam rahim ibu. sedihnya mereka suami isteri ketika itu memang tak terkata. memang tak terkata.. namun apa yang sahabat saya dan isteri katakan waktu mereka menghadapi musibah itu memang terkesan di hati saya. Innalillah wainna ilaihi raji'un. daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Allah lebih mengetahui daripada apa yang kita tak tahu. kita masukkan sedikit sirah nabi. kisah Nabi Musa alaihissalam ketika mengembara dengan Nabi Khidir a.s yang di mana ketika itu dalam perjalanan mereka dah buat MoU. Nabi Musa a.s tak boleh tanya atau persoalkan setiap perbuatan Nabi Khidir a.s. ada satu masa di mana Nabi Khidir a.s membunuh seorang anak kecil yang sedang bermain. bayangkan, kalau ikut kita manusia biasa ni mesti terkejut. terkejut satu. mengamuk pun ya juga. jawapan Nabi Khidir a.s pada Nabi Musa sebelum mereka berpisah sebab Nabi Musa asyik duk bertanya juga. kira langgar MoU. kata baginda, 'anak itu apabila besar nanti akan menjadi seorang anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa dan Tuhannya'. itulah ilham yang Allah dah bagi pada Nabi Khidir a.s. . dan sahabat saya itu juga ada menyebut pada saya. dia redha dengan ketentuan itu, kerana yakin Allah tahu apa yang terbaik. jika anak itu lahir, mungkin tidak akan menjadi anak yang baik seperti dalam cerita Nabi Khidir tadi. maka dia redha anak itu berjumpa Tuhannya dalam keadaan fitrah yang masih suci. dan dia juga kata mungkin Allah tidak memberinya anak itu kerana dia dan isteri belum boleh menjadi ibu bapa yang baik untuk anak itu, walaupun mereka dah ada seorang anak. kita perlu sentiasa berfikir. Allah tidak akan jadikan sesuatu dengan sia2...

0 Feedbacks:

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner