Sunday, February 28, 2010

Berhentilah dengan keberanian menghadapi diri sendiri

Aku suka baca buku Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia. aku baca satu part ni and tiba2 rasa nak share dengan bloggers.

Tanyakan kepada dirimu pertanyaan di bawah ini dan jawab dengan bijaksana:

1. Apakah engkau tahu bahawa engkau akan melakukan perjalanan tanpa kembali lagi? apakah engkau telah membuat persiapan untuk menyambutnya?

2. Apakah engkau sudah membekali diri di dunia fana' ini dengan amal soleh untuk menghibur keterasingan engkau di alam kubur nanti?

3. Berapakah umurmu saat ini? berapa lama lagi engkau akan hidup? apakah engkau menyedari bahawa setiap sesuatu itu ada permulaan dan kesudahannya, dan bahawa kesudahan yang akan engkau alami adalah syurga atau neraka?

4. Apakah engkau pernah membayangkan bahawa para malaikat turun dari langit untuk mencabut rohmu. dan saat itu engkau dalam keadaan lalai lagi sia2?

5. Apakah engkau pernah membayangkan hari itu, saat terakhir dalam hidupmu, ketika engkau berpisah dari keluarga, anak2, kekasih dan para kerabat? sesungguhnya saat itu maut datang kepada engkau dengan membawa sakaratul maut, kekerasan pencabulan nyawa, dan segala penderitaannya. sesungguhnya saat itu adalah hari kematian engkau, saat engkau menghadapi kematian.

Setelah roh terpisah dari jasadmu, engkau dibawa ke tempat pemandian orang mati untuk dimandikan dan dibungkus dengan kain kafan. sesudah itu, jenazah engkau dipikul di atas bahu beberapa orang lelaki untuk dibawa ke mana?

Tentunya dibawa ke kuburan, iaitu seebagai permulaan dari beberapa tahap akhirat. selanjutnya adakalanya tempat peristirehatan engkau berubah menjadi salah satu taman dari taman2 syurga atau berubah menjadi salah satu dari jurang di antara jurang2 neraka.

0 Feedbacks:

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner