Friday, March 5, 2010

Hand made bahulu by CIK MYRA

Hello to all readers!! Lately, asyik sakit kepala je... don't know why.. does anybody know why?? hahah!! what kind of question is that.. hm.. but somebody said aku sakit kepala sebab aku takde masalah.. really?? sebab aku selalu ada masalah. heh! sengal je! then perut pula sakit je hari2.. makan untuk buang. hek2!! so now startlah makan ubat balik. ubat yang dah macam gunung kinabalu and bercita2 nak jadikan macam gunung everest. hehe!! tak mustahil what..

Hm.. today, I baked bahulu.. sedap tuuuu.... speechless!! anyone would like to try? here is the recipe. kui3x!

Ingredients:

1 mangkuk telur (asingkan kuning dan putih)
1 mangkuk gula
1 mangkuk tepung (lebihkan sikit)
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning

Cara2:

1. Pukul putih telur hingga kembang. jadi meringue lah.. pastikan tak bercampur dengan kuning telur atau air. kalau tak, tak jadi nanti. jangan salahkan I pula ek. hehe

2. Lepas dah kembang, masukkan kuning telur satu per satu. putar.

3. Masukkan gula dan putar sehingga kembang. pastikan betul2 kembang.

4. Masukkan baking powder.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. apabila dah sebati, masukkan pewarna kuning.

6. Isikan dalam bekas yang telah disapu marjerin dan tepung untuk mengelakkan daripada melekat.

7. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C lebih kurang 30 minit. jika nak tahu masak atau tidak, cucuk dengan lidi. kalau tak melekat, dah masaklah tu.

8. Sedia untuk dihidang dan dimakan. tapi kalau nak potong tu, tunggu sejuk dululah.

SELAMAT MENCUBA!!!




p/s: Especially ditujukan buat CIK YANA. jika ada sebarang kesulitan, sila hubungi saya. huhu! saiz mangkuk tak kisah tapi janganlah besar sangat. kalau nak buat dalam acuan seperti di dalam gambar, makan masa ar sebab nak tunggu dia masak, lepas tu nak buat lagi untuk seterusnya sampailah habis. so aku suggest letak dalam bekas cake terus, tunggu dia masak, lepas tu potong.




 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner