Tuesday, June 22, 2010

Happy father's day! Abah dah sedar!!


Salam all...
Hurm.. aku bersyukur..
Sempena father's day last Sunday, abah aku dah sedar..
He met an accident on 12th May 2010..
Pada kawan2, sorry tak bagi tahu awal2..
Aku harap korang faham.. btw, thanks for supporting me..
Hurm.. selama ni aku tak pernah wish happy father's day dekat abah..
Aku pun tak tahu kenapa..
Tapi aku happy sangat2 bila tengok abah dah sedar walaupun tak sepenuhnya..
Ada masa dia boleh tunjukkan reaksi and ada masa tak..
Otak dia pun tak boleh menerima banyak benda dalam satu masa..

Masa aku sampai pagi tu (20.06.10), aku nampak abah pandang ke pintu..
Then bila aku masuk nak pergi ke bed dia, mata dia ikut je ke mana aku pergi..
Then aku tanya, "abah nampak adik ke?" and abah angguk..
Aku terus menangis!! then aku tanya lagi, "adik nak lap muka abah boleh?".. abah angguk juga.
Then aku tanya, "adik nak cukur abah boleh?" and sama juga reaksi dia.. heh..
Masa aku nak pergi makan, aku cakap "abah, adik pergi makan dulu ye.." and aku dengar dia jawab "makan dekat mana?" dalam nada berbisik.. yela.. bukan boleh cakap betul2.. susah nak faham kata2 dia.. Aku terus call mak.. semua orang happy!! tapi kesian juga dekat abah time tu. Otak dia banyak bekerja. aku yang banyak tanya. then orang datang, tanya dia lagi..
Bila malam mak sampai, dia malas nak layan dah.. dia pun tidur sebab penat..
Walaupun abah tak sedar sepenuhnya tapi Alhamdulillah.. adalah baiknya..
Doc cakap, 1hb 7 ni abah kena tebuk perut then lepas tu boleh discharge..
And for sure.. mak tak dapat hantar aku masuk Gombak nanti...
Sedih sangat.. tapi nak buat macam mana..
Kalau abah dah balik, kenalah jaga abah.

To my dear friend NC, kuatkan semangat okey! kita tau yang awak kuat... ayah awak mesti bangga tengok kejayaan awak.. thanks bagi semangat dekat kita..
Nanti kita jumpa awak dekat Gombak yer..

1 Feedbacks:

Fatin Ruslin said...

Kuatkan semangat..
beshnye still dapat wish kat abah kan =)

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner