Monday, February 14, 2011

Seorang Insan yang Bernama FAKARUDDIN. ~Al-Fathihah~

Salam…

Saat ini, aku berada di rumah..
Tidak mampu untuk kaki ini melangkah balik ke UIA…
Penangan jatuh escalator masih terasa peritnya..
Semalam aku dah urut…
Satu badan menunjukkan kesakitan yang teramat sangat..
Aku memang tak pernah skip class even aku sakit macam mana pun..
Tapi kali ni aku memang tak mampu untuk melangkah..

Ketika aku bangun tidur, aku menerima satu panggilan telefon..
“Awak, fakaruddin dah meninggal”..
Air mata aku terus mengalir…
Suatu berita yang tidakku duga…
Dia dah takde…
Then aku baca msg, rupanya aku dah terima msg dulu tapi aku tak baca…
Maybe family member dia yang hantar kepada semua kawan dia..

Kenapa sorang2 tinggalkan aku…
Dua minggu lepas, “dia” tinggalkan aku…
Then hari ni, aku dapat berita faka telah tinggalkan aku buat selamanya…
Dia tidak akan kembali lagi…
Dia memang baik dengan aku…
Aku memang rapat dengan dia…

Aku kenal dia masa aku masuk SMP, form 4..
Dia selalu kacau aku pagi2 masa aku sampai..
Kadang2 balik dengan aku..
Pegangkan buku aku..
Dia suka aku sampailah sekarang…
Tapi dia tahu aku hanya boleh menerima dia sebagai seorang kawan sahaja..
Tidak lebih dari tu and dia terima…
Aku suka berkawan dengan dia…
Dia selalu ambil berat pasal aku..
Selalu msg and call aku even masa dia dalam wad pun..
Tapi lately, dia dah jarang contact aku since condition dia yang semakin teruk..
Dia tetap Nampak macam tak sakit..
Itulah semangat dia..

Aku melawat dia 1 February 2011…
Memang lain aku tengok dia time tu tapi dia tetap ceria..
Masa tu dia masuk darah putih..
Doctor tanya aku, macam mana dengan dia?
Aku jawab “dia sakit pun, macam tak sakit doctor”…
Then masa jawab soalan soal selidik yang doctor bagi,
Ada satu soalan “adakah anda takut mati?”..
Dia cakap dekat aku, “buat apa nak takut mati.. Semua orang akan pergi juga..”

Aku datang2 je, dia terus tanya, macam manalah awak boleh break…
Dia memang concern dekat aku…
Aku tahu dia sayang aku and aku pun sayang dia sebagai seorang kawan..
Sahabat baik aku…

Then 6 February 2011…
Incident di mana aku jatuh escalator…
Aku jatuh escalator masa dalam perjalanan nak pergi tengok dia…
Time tu, dia tukar bilik.. duduk luar..
Before that, dia duduk bilik sorang…
Masa tu aku tengok dia macam lagi teruk even dia cakap dia okey..
Dia pakai oksigen sebab paru2 dia kecut..
Then time tu masuk darah merah pula..
Memang lemah aku tengok dia…
Dia baring je…

Then masa sampai, aku cakap “saya jatuh escalator”..
Dia gelakkan aku…
Then dia suruh ambil minyak..
Dia tolong sapukan and urut kaki aku walaupun dia tengah sakit time tu…
Then ada mak cik mana entah bagi kek batik dekat dia…
Dia bagi aku makan and sambil2 tu, aku suap dia.. Heh..
Tak sangka itu kali terakhir aku dapat buat semua tu..
Then dia cakap dekat aku, saya dah keluar wad nanti, kita makan Papa John okey..
Hurm.. semua tu tak kesampaian..
Awak dah tinggalkan saya dulu…

Takde dah orang nak kacau saya lepas ni…
Takde dah orang yang dengar cerita saya.. Nasihat saya… L
Kali terakhir aku dengar suara dia, kelmarin..
Masa tu, memang lemah je aku dengar suara dia…


Orang yang pernah hantar pizza dekat aku pukul 12am...
Orang yang pernah belanja pizza time birthday aku...
Orang yang pernah memberikan hadiah ini pada birthday aku 2010..






Tahun terakhir dapat break fast dengan awak...
Cheese naan and tandoori..
And ais krim dekat Honeymoon...





Saya harap roh awak akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang2 yang beriman..
Allah sayangkan awak…
Saya harap awak bahagia di sana..
Saya di sini sentiasa mendoakan awak..


Beliau meninggal pada jam 03.10am, 14 February 2011 disebabkan oleh penyakit leukimia.

SAYA SAYANG AWAK…

AL-FATHIHAH….

0 Feedbacks:

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner