Salam…
Entry hari ni ditujukan buat seseorang and mungkin juga berguna buat
orang lain…
Aku tidak menyindir sesiapa and aku berharap tiada mana-mana pihak
yang terasa dengan apa yang aku tulis ni.. Jika ada, ia hanyalah suatu kebetulan
dan tidak disengajakan.
Apa yang aku nak tulis ni, hanya pendapat, nasihat dan pandangan
daripada seorang insan yang bergelar sahabat. Aku tahu, aku tak sempurna mana
pun nak menasihati orang lain tapi ini hanya dari pandangan kaca mata aku
sendiri..
Ini semua atas dasar seorang kawan. Bukan untuk mengaibkan sesiapa. Mungkin boleh dijadikan teladan untuk orang lain juga. I talk in general without mentioning any names here.
Aku dah kenal kau sangat lama beb.. Bukan setahun dua kita kenalkan.
16 tahun dah kita kenal.
Sebab kau kawanlah aku bercakap.. Kau sendiri pun dah bagi ‘green
light’ dekat aku untuk ‘basuh’ kau kan. Aku agak geram sebenarnya.. Tak sampai
hati tengok kawan aku memperbodohkan diri sendiri, apatah lagi diperbodohkan…
Ingat, “MENINGGALKAN” atau “DITINGGALKAN”?
Aku tahu, korang berdua memang saling menyayangi.. Itu aku tak nafikan
berdasarkan cerita yang kau bagi tahu aku.. Tapi aku rasa kalau korang
betul-betul ikhlas between each other, he would not do such thing to you.
Sepatutnya hanya kau seorang dalam hati dia.. Kenapa that girl perlu wujud
lagi??? Kalau betul dia rasa hanya kau seorang je, kenapa dia perlu layan that
girl? Please, don’t give me such excuse like terhutang budi semua tu… Kalau
fikir budi orang terhadap kita, sampai mati pun takkan boleh balas…
Please beb.. Jangan terhutang budi… Aku tak kisah dia nak bagi kau
apa-apa pun..
Itu rezeki kau, luck kau… Sesiapa pun akan cemburu bila BF support
tapi beb susah bila terhutang budi ni.. Kau tengok sendirilah kan situation dia
and that girl. Atas dasar terhutang budi..
Mangsanya sekarang siapa?? KAU!!! Kau yang makan hati… Kau mengadu
dekat semua orang, orang hanya boleh nasihat.. Pokok pangkal, kau sendiri yang
akan buat keputusan and baik buruk kau sendiri yang akan terima.
Okay.. Masuk bab family.. Both of your families dah tahu relationship
korang and that’s good to me..
Memang good sign apabila dua-dua family dah setuju… Tapi jangan fikir
sebab family, hati sendiri terpaksa dilukakan demi menjaga hati orang lain..
Sepatutnya bila dia fikir dua-dua family dah setuju, itu tak jadi masalah. Dia
patut tahu apa yang dia kena buat.. Sampai bila that girl perlu ada antara kau
dan dia??? Tell me, sampai bila???
Aku bukan nak tentukan hala tuju hidup kau, dengan siapa kau berkawan,
dengan siapa kau bertemu jodoh.. Itu semua kerja Allah and kau sendiri yang
tentukan dengan siapa kau nak.. Aku tak boleh nak paksa hati kau untuk terima
sesiapa. Again, aku hanya mampu nasihat sahaja… Kau minta pendapat kita orang,
kau cerita… Aku dengar. Aku kesian tengok kau jadi orang bodoh beb..
To be honest, memang aku marah.. Aku marah dekat kau sebab kau
bodohkan diri kau sendiri..
Jadi geram pula aku bila asyik dengar benda sama… tapi kau sibuk gak
dok mengadap dia.. Ibarat kau ambil pisau, toreh kat luka yang dah sedia ada..
Think again, beb!!!
Aku sebagai kawan kau, sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau… Don’t
worry beb. Allah dah tentukan siapa jodoh kita tapi kita sebagai hambaNya, kena
berusaha… Ini semua take times. Tak semua usaha kita membuahkan hasil sehari
dua… Kau tengok aku sendirikan.. Kau tahu macam mana aku go through semua ni
and Alhamdulillah, kesusahan yang menimpa dibalas dengan kesenangan… Kalau
jodoh kau dengan dia, memang takkan ke mana. Kau tak payah risau tu. Kalau
bukan dia jodoh kau, ada hikmah di sebalik semua tu. Aku tahu, cakap memang
senang. Aku tahu kau sayang dia. Siapa yang tak sayangkan… Bercakap memang
mudah. Sesiapa pun boleh cakap macam mana aku cakap sekarang tapi orang yang
mengalaminya tak mampu nak menelan seperti membaca apa yang aku tulis ni.
Ingat kata kawan kita, kata-kata yang membuatkan kau rasa serba salah..
Ingatkan??? Apa yang kawan kita cakapkan tu, memang betul… Siapa dia?? Dia
hanya seorang insan yang baru hadir dalam hidup kita.. Bukan seperti ibu bapa
kita.. Bila kita fikir balik, kita dok menangis hari-hari kerana seorang lelaki
tapi aku rasa boleh dikira berapa kali kita menangis sebab ibu bapa kita
sendiri… Think beb!!!
Aku rasa kau cukup faham apa yang aku cakapkan ni… kau fikirlah apa
yang terbaik buat kau… Ingat, sometimes ikut kata hati boleh jadi binasa juga.
Fikirlah dengan sebaiknya. Kita pun bukan muda lagi… Apa je keputusan kau, aku
sokong… Apa yang kau rasakan terbaik buat kau. Ingat, kawan-kawan kita ada… Tak
perlu meratapi pada sesuatu yang kau rasakan takkan menjadi milik kau.
Sometimes kita kena lepaskan sesuatu yang berharga kerana ada orang lain yang
lebih berhak untuk dapat walaupun kita sayang benda tu. Aku tahu, kalau kita
nak sesuatu benda tu, kita akan sanggup buat apa sahaja, janji kita dapat..
Tapi dalam situasi ni, aku rasa kau perlu lepaskan benda tu sebab tak
semestinya benda yang kita sayang tu akan menyayangi kita. Tak semestinya dia
tahu yang kita menyayangi dia.
Okay, I guess I should stop here… Now, it’s up to you to decide… Fikir
dari setiap sudut. Jangan hanya focus pada satu sudut sahaja. We are here for
you beb. Aku nak minta maaf banyak-banyak. Aku tahu, apa yang aku cakap ni
memang menyinggung perasaan kau tapi hanya ini jelah yang dapat buatkan kau berfikir…
Aku bukan nak berlagak pandai menasihati orang tapi aku bercakap atas dasar
seorang kawan. Diri aku sendiri pun banyak juga masalah and Alhamdulillah,
Allah dah pertemukan jalan yang terbaik buat aku.
Jika dah baca entry aku ni, sila bagi tahu aku ye…
“Ilham di Mindaku” tercetus pada pukul 1 pagi…
Hope this will help you...
Love you beb! xoxo
0 Feedbacks:
Post a Comment