Sunday, July 29, 2012

Kejujuran Memakan Diri

Salam...

First of all, entry semalam tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia ye..
Ia hanyalah sekadar sebuah cerita rekaan yang ditulis saat-saat fikiran sedang tidak tahu apa yang hendak difikirkan, lalu datang idea untuk menghasilkan entry semalam. Sekian.. *wink*

**********

Hurm... 
Dalam hidup ni kadang-kadang kita cenderung untuk lebih terbuka dalam semua perkara.
Patut diketahui oleh seseorang itu demi mengelakkan daripada pelbagai cerita rekaan yang akan timbul kelak.
Sikap terbuka itu memang baik tapi kadang-kadang ia boleh memakan diri kita sendiri..
Jika kita berbicara tentang semua perkara, kadang-kala ada yang tak menyenangkan hati orang.
Kita tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh orang yang menerima atas perkara yang diceritakan.
Niat kita hanya untuk bercerita tetapi penerimaan orang itu mungkin lain.

Kita patut sedar kepada siapa orang yang kita bercerita.
Jika dia seseorang yang penting dalam hidup kita, kita cenderung untuk berkongsi semuanya.
Dengan alasan, ingin berlaku jujur dan tidak menipu.
Tetapi hal itu sebenarnya melukakan hati pihak itu tanpa kita sedari.
Lantas, baru kita menyedari apa yang kita lakukan itu.
Otak terus berfikir balik, "aku tak patut melakukan semua itu".
Rasa bersalah terus menyelubungi diri..
Hanya kata-kata maaf yang mampu diucapkan.

Sebenarnya, kita tidak berniat untuk melukakan hati insan yang kita sayang..
Hanya ingin bersikap jujur dan terbuka..
Tetapi pengajarannya, tak semua perkara patut diceritakan.
Terutamanya, kisah yang telah berlalu.
Biarlah ia terus menjadi sejarah.
Kita hanya perlu membuka buku baru dan mencatatkan sejarah yang baru bersama dia.
Bukan mengimbau kembali kenangan lalu yang hanya akan memakan diri kita sendiri kelak.

Bersyukurlah dengan apa yang telah ada di depan mata kita.
Itu yang harus diutamakan dan itulah yang paling penting.
Tiada hal lain yang lebih penting selain menjaga hati insan yang kita sayang.
Tidak perlu bersikap baik dalam semua perkara kerana itu hanya akan memakan diri kita sendiri.
Tiada gunanya bertengkar tentang seseorang yang tiada dalam kamus hidup kita.
Tumpukan apa yang di depan mata.
Makanan yang dah basi, dah tak boleh makan lagi.
Nasi yang dah jadi bubur tetap menjadi bubur.
Takkan kembali menjadi nasi melainkan kita masak yang baru.
Begitulah juga dalam suatu perhubungan...
Perkara yang dah berlaku, biarkan ia menjadi sejarah..
Buka buku baru dan catatlah dengan pelbagai cerita menarik di dalammnya..

Oleh itu, jagalah hati insan yang kita sayangi.
Jaga perasaannya dan jangan menceritakan sejarah lalu .
Pokok pangkal, akan kembali terkena batang hidung sendiri.
Lantas meranapkan semuanya dalam sekelip mata..
Don't ever repeat the same mistakes..

By,
Myra Latif

0 Feedbacks:

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner