Saturday, July 28, 2012

Kisah 5 Insan: "P.A.F.M.E"

Salam...

Hidup ini ibarat sebuah drama...
Setiap hari kita berlakon sebenarnya.
Setiap orang mempunyai watak masing-masing..
Pelakonnya adalah kita sendiri..
Skrip juga dicipta oleh kita sendiri.

Tetapi... Kadang-kadang kita tak sedar..
Cerita yang kita lalui sama seperti yang dilakonkan dalam TV mahu pun novel.
Kita sering berkata, "Eh! Macam cerita novel lah pulakan..."
Sebenarnya ia adalah realiti kehidupan seorang manusia..
Pengarahnya juga seorang manusia..
Begitu juga dengan penulis skrip.
Tangan manusia, minda manusia yang melakukan semua itu. Bukannya orang lain.

Apabila hidup ini terlalu banyak konflik, banyak yang perlu difikirkan.
Terlalu banyak watak yang timbul, yang tidak dijangka dari mana datangnya...
Hurm.. Sungguh merunsingkan keadaan!
Cerita yang berkait-rapat antara satu dengan yang lain.
Melibatkan banyak pihak... Tidak diketahui apa kesudahannya...

**********

Seorang lelaki yang wujud tanpa diduga..
Hanya dikenali dengan A.
Seorang yang baik budi pekerti dan elok dari segala segi.
Menjadi kegilaan ramai wanita walaupun dia tidak sesempurna mana di mata orang lain.
Memiliki hati seorang wanita yang baik, menerima dirinya dengan seadanya..
Tetapi langit tidak selalunya cerah. Lantas, laut dipukul ombak, meranapkan semuanya dalam sekelip mata...
Dalam sesaat, macam-macam boleh terjadi dalam kehidupan ini.
Tak semua yang diharapkan akan terus kekal indah buat selamanya.
Badai yang datang tidak diduga.
Semuanya terhenti di situ gara-gara sesuatu yang tidak dijangkakan akan berlaku.
Tidak sesiapa menginginkan sebuah perhubungan yang terhenti di tengah jalan.
Tidak sampai ke penghujungnya..
Bak kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah.
Banyak hal yang terbongkar, sedikit demi sedikit sehingga meranapkan impian dan menghancurkan hati wanita tersebut.
Hati si M yang berkecai dan berderaian seperti kaca.
Perasaan sayang terhadap A, terus bertukar menjadi benci! Seperti api yang terus membara.
Sekelip mata semuanya berubah. Tiada lagi pelangi yang menghiasi ruang langit.
Langit terus bertukar gelap menandakan hujan akan turun..
Begitulah berderainya air mata si M..
Seperti hujan yang membasahi bumi.

Seorang wanita yang baik, seorang yang penyayang.. Bertukar menjadi seorang yang pendendam.
Sedangkan itu bukan diri M yang sebenar! Dia amat terasa tercabar dengan apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu!
Sungguh kejam pada pandangan matanya! Hatinya terus dipermainkan tatkala rasa kasih dan sayang mula bersemi, menyelubungi diri beserta rasa cinta.
Lantas, A terus dilupakan beserta dengan dendam yang mula bertapak di dalam hatinya.
Hatinya makin tertutup untuk menerima mana-mana insan.
Cukuplah apa yang sudah dilalui ketika ini.
Tiada lagi yang baik diharapkan dalam hidupnya..
Dari sehari ke sehari, minggu ke minggu, bulan ke bulan berlalu...
Hampir setahun sejarah itu berlalu..

Kebenaran telah dirungkaikan sendiri oleh A...
Walaupun dipenuhi dengan api kebencian tetapi pengakuan lelaki itu sedikit sebanyak dapat menenangkan hatinya.
Walaupun pahit untuk mendengar dan menelan kebenaran tersebut, apakan daya.
Si M terpaksa juga untuk mendengarnya.
Nasi juga telah menjadi bubur.
Tidak guna untuk bertikam lidah atas sesuatu yang telah terjadi.
Hanya menerima ketentuan yang Allah berikan.

**********

Si M mengambil keputusan untuk melupakan apa yang terjadi.
Maaf adalah yang terbaik untuk menyenangkan hatinya dan hati semua pihak.
Tiada guna bermusuhan jika ia tidak mendatangkan keuntungan kepada sesiapa.
Kata-kata maaf telah diberikan. Walaupun si wanita telah memaafkan lelaki itu tetapi itu tidak bermakna dia dapat melupaka apa yang telah berlaku.
Si wanita ingin meneruskan kehidupannya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Semoga A terus sukses dengan kerjayanya dan tiada guna untuk menyesal atas sikap dia sendiri.

Kata-kata maaf tersebut membuatkan mereka kini kembali bersatu.
Bukan bersatu sebagai kekasih tetapi hanya sebagai kawan.
Walaupun berat, walaupun itu bukan prinsip si M untuk terus berkawan dengan seseorang yang telah menyakiti hatinya, tetapi disebabkan umur yang semakin matang, dia merasakan tiada gunanya untuk terus bermusuhan.
Si M masih mengambil berat tentang lelaki itu.
Tatkala itu, timbul suatu penyesalan pada mata si A.
Menginginkan si wanita kembali kepadanya kerana ingin menebus kesalahan lalu.
Dia telah tersilap langkah, melepaskan suatu permata yang berharga.
Tetapi hati si wanita telah diberikan kepada E.
Bukan untuk melepaskan dendam tetapi mungkin jejaka itu yang dapat membahagiakan dirinya...
Si A pasrah dengan jawapan yang diberikan dan hanya mendoakan kebahagiaan si M itu.
Semoga M mengecapi kebahagiaan dengan insan yang dicintainya.
Si M berasa amat tersentuh atas perubahan dirinya...
Walaupun M masih belum berpunya, itu juga tidak menjamin yang dia akan menerima lelaki itu.

**********

Pada suatu hari, si M mendapat tahu yang si A telah berjumpa cinta barunya..
Dia terasa sayu. Entah kenapa..
Tiada sedikit pun rasa sayang yang masih berbaki tetapi mungkin dia gembira melihat si lelaki kini bahagia bersama cinta barunya. Alhamdulillah...
Si wanita tersebut merupakan seorang yang amat baik...
F yang amat penyayang dan mementingkan orang lain berbanding dirinya.
Sentiasa memberikan sokongan kepada A dan hadir dalam hidup A ketika si A sedang jatuh.
Lalu si A bangkit dengan sokongan daripada wanita itu.
Betapa mulianya hati F untuk menjadi tulang belakang lelaki itu.
Si F yang sanggup meninggalkan kekasihnya demi A.
Si wanita tidak menginginkan apa-apa.
Cukup dengan melihat bintang lelaki itu terus bersinar.
Itu sahaja yang diinginkan..

Tetapi...
Si A keliru dengan perasaannya sendiri.
Sama ada dia menyayangi wanita itu atau tidak..
Hatinya masih pada seorang wanita yang pernah muncul dalam hidupnya suatu ketika dahulu...
P yang kini hilang entah ke mana..
Dia masih tidak dapat melupakan wanita itu.
Tetapi F yang baru hadir di dalam hidupnya, tidak kisah akan itu.
Dia tidak kisah jika cintanya tidak berbalas.
Apa yang diharapkan hanya untuk melihat kejayaan lelaki itu.

Tetapi si M yang ditipu itu terus merasa tertipu...
Dia bukanlah insan yang disayangi sehingga kini.
Itu hanya kata-kata dusta yang diberikan oleh si A...
Walaupun si wanita telah memaafkan lelaki itu tetapi kini, tidak.
Kata-kata penyesalan yang diberikan hanya dusta.
Walaupun dia mengatakan dengan keikhlasan tetapi tidak untuk wanita itu...
A sebenarnya masih keliru dengan perasaannya sendiri.
Dia tidak tahu apa yang diinginkan dalam kehidupannya.

Bagaimanapun....
Cerita yang masih tiada penamatnya..
Si F hanya berharap yang dia akan kekal bersama A dan terus menyayangi dia dengan seadanya.
Tatkala si M terus berbahagia bersama kekasih hatinya sekarang dan melupakan si A.
Yang kini, tiada dalam kamus hidupnya lagi.
Si P dengarnya telah mempunyai kekasih hati yang baru.
Mungkin terluka apabila mendapat tahu yang si A bersama M pada suatu ketika dulu tatkala si A sedang menjalinkan hubungan cinta dengannya.
Si M yang tidak mengetahui apa-apa berasa tersepit apabila dilabel sebagai insan ketiga yang meruntuhkan sebuah perhubungan.
InsyaAllah, penamat yang baik akan muncul kelak...
Itulah kebahagiaan yang diinginkan oleh wanita itu...

By,
Myra Latif


0 Feedbacks:

 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner