Salam...
Hati tergerak ingin menulis setelah sekian lama tak menulis di sini.
Dulu di sini lah tempat aku mencurahkan apa yang tersurat dan juga di sebalik yang tersirat di hati ini.
Selain berkongsi bersama teman-teman, di sinilah salah satu medium untuk aku menulis.
Alhamdulillah.. Setelah enam tahun aku 'menghambakan' diri sebagai seorang pelajar, akhirnya tamat juga perjalanan aku.
Penat lelah dan usaha aku selama ni akan nampak hasilnya.
Memang lama untukku menunggu hanya untuk mendapatkan segulung ijazah.
Walhal pada waktu dan ketika ini, rakan-rakanku yang lain sudah bertahun-tahun bekerja dan ada juga yang sudah mendirikan masjid dan menimang cahaya mata.
Siapa yang tak nak kan? Tapi belum tiba waktu aku lagi..
Destinasi aku selepas ini adalah sembilan bulan akan berada di firm sebagai pelatih dalam kamar.
Ikutkan hati, malas sebenarnya tapi disebabkan tuntutan lain, aku akan gigihkan diri juga untuk chambering.
Dalam masa chambering, banyak misi dan visi aku yang akan aku laksanakan.
Semoga segala urusanku dipermudahkan oleh Allah.
Tanggal 13 Oktober 2014 ini, adalah hari yang aku nantikan..
Hari yang amat bersejarah buat aku.
Kegembiraan yang ingin dikongsikan bersama insan-insan yang aku sayangi tapi nampaknya seperti aku seorang sahaja yang akan gembira pada hari itu..
Yang pasti, Abah akan melihat anaknya daripada jauh dan akan tersenyum bangga dengan kejayaan aku.
Hanya doa yang dapat aku kirimkan buat abah..
Abah tak sempat untuk merasa duit hasil titik peluh adik..
Adik janji, adik akan buat yang terbaik..
Dalam hidup aku, aku tak minta wang ringgit..
Cukup untuk insan-insan yang terdekat denganku memahami aku dan berkongsi kejayaan aku bersama-sama..
Bila terlalu memikirkan hati orang, kita sanggup berubah dan turuti apa yang diinginkan tapi perubahan yang kita lakukan tidak diambil kisah oleh orang lain..
Semuanya tampak jahat..
Apa yang manusia mahukan sebenarnya?
Perlukah kita turuti semua demi menjaga hati semua orang?
Bagaimana pula dengan hati kita?
Kadang-kadang aku rasakan dah penat untuk hidup di atas muka bumi ini tapi bila fikir balik, ada sebab Allah masih panjangkan umur kita..
Supaya mencari keredhaanNya dan banyak perkara yang masih belum dicapai lagi.
Hmm.. Hati seperti ingin menjerit.
Supaya lepas semua yang terbuku di hati ini..
Apa-apa pun, aku bersyukur Allah mengurniakan aku seorang insan yang sangat memahami dan menerima aku seadanya..
Semoga jodoh kami kekal hingga ke jannah.
Amin...
Love,
Myra Latif.
0 Feedbacks:
Post a Comment