Salam...
Dah masuk tahun baru. Tahun 2015 dan ini bermakna umur aku bertambah lagi.
Maka 11 hari lagi umur aku bakal menjangkau 25 tahun.
25 tahun tu dah dikira bukan remaja lagi dah sebenarnya..
Somehow aku 'bangga' kerana aku masih dilayan seolah-olah aku ni macam belasan tahun lagi.
Age is just a number actually. I could not find my own way of life.
Bila dah masuk tahun baru, macam-macam yang difikirkan.
Nak itu, nak ini and for sure nak sesuatu yang lebih baik tapi awal-awal lagi dah rasa macam semuanya 'musnah'. Bahasa kasarnya, semua macam 'sucks'!
Tapi apa boleh buat... Hanya boleh memendam rasa. Tak siapa tahu nawaitu kita melainkan Allah.
Tahun baru, semua orang mengharapkan yang indah je akan datang dalam hidup dia tapi kita manusia hanya mampu merancang...
Kita rasakan orang yang paling rapat dengan kita adalah orang yang paling memahami kita tapi sebaliknya.
Sometimes lagi lama kita mengenali seseorang, lagi kita tak memahami dia sebenarnya.
Apa yang kita fikirkan, Allah je yang tahu...
Hati ni meronta-ronta nak lepaskan apa yang kita rasa tapi tersekat..
Sebab apa? Kadang-kadang keadaan tak mengizinkan ataupun 'terpaksa' untuk menjaga hati orang di sekeliling kita.
Hanya mampu menahan...
Lama-lama tahan, boleh jadi parah sebab tak boleh nak lepas.
Tak sampai tahap gila je lagi...
Sampai satu tahap, terfikir nak belajar je, duduk dekat UIA diam-diam serabutkan diri dengan study je.
Benda lain yang jadi, tak ambil tahu.
Tak payah nak fikir pasal hal lain tapi semua tu mustahil.
Semua tu dah berubah... Life dah tak macam dulu.
Dulu boleh goyang kaki tak payah fikir itu ini but now semua nak kena fikir.
Apa yang lagi sakit?
Bila concern pasal seseorang tapi tak tahu niat kita sebenarnya..
Nak cakap lebih-lebih nanti, boleh jadi gaduh so berdiam diri jelah.
Bila dah berdiam diri dan tak boleh nak lepaskan, hati rasa nak meletup lak...
Just sabar dan menangis dalam hati.
For now, just go with the flow.
He knows better.
Keep calm and smile.
Love,
Myra Latif.
0 Feedbacks:
Post a Comment