Sunday, September 18, 2011

GBS Raya Tour 2011

Mood: Riang Ria Raya

Salam guys...
First and foremost, I would like to seek apologize to all GBS members for any inconvenience caused..
I'm sure, you guys notice something going wrong somewhere with me yesterday..
Sorry for that and actually, I also don't know..
Btw, my mood slowly comes later.. Thanks to whom it may concern for cheer me up.. :)
I'm realllly sorry for spoil anyone's mood yesterday.
I really had fun with you guys yesterday even I'm not feeling well...
Okay, done! 

Event ni sepatutnya start at 9.00 am tapi biasalah kan, janji Melayu.. Haha!!
Kita orang berkumpul dekat rumah Ena.. Senang sikit since kawasan rumah dia besar...
Tunggu semua datang, baru bergerak.. All together, empat kereta..
Kereta Haziq, Hikmah, Fariez and Us...
Kerja aku semalam, main tukar2 kereta... I tak kisah mana2 puunnn.. :)
Tapi memang best konvoi empat kereta..
Pssttt.. Haziq bawa Erin dia. Ahaks!!

Tunggu korang lama sangat.. Bagus juga...
Ada chance aku kerjakan kereta Us..
Yuhuuuu!!! Aku dah boleh drive even auto.. Hahaha!!!
Kira okay what dah boleh pegang and bawa... 
Proud dengan diri sendiri.. Hehe!
Anyone nak ajar manual pula before aku belajar dekat driving school?

Destinasi 1: Rumah Hidayah
Menu        : Soto ayam

As usual, pergi rumah Dayah setahun sekali.. Huhu..
Itu pun time raya jelahkan...
But for me, pergilah tiap2 tahun pun, confirm tak ingat mana rumah dia. Haha..
Sorry dear.. :) Aku ni tak cam sangat..
Masa pergi rumah Dayah, aku dengan Ena, Hikmah and Nana naik dengan Us..
Ikut Sunway Kinrara.. cepat sikit..
Omar and Fridy ikut Fariez.. Dua kereta ni cepatlah sampai..
Dah sampai rumah Dayah, kereta Haziq and Nizam tak sampai2 lagi. Haha!! Lost eak guys?? :D
Aku memang suka soto kalau pergi rumah Dayah.. Takde makanan lain pun takpe..
Btw, pedas sikit la cili tu.. 

Destinasi 2: Rumah Haziq
Menu        : Mee rebus

Ni first time aku rasa bagi semua orang menjejakkan kaki ke rumah Haziq.. Huhu...
Aku naik kereta BF Dayah aka Duan.. Ehh.. BF ke? Layan jelah ea....
Finally, dapat juga eak pergi rumah kau, Haziq..
Dekat rumah Haziq, dapat makan supermoist choc cake hasil air tangan insan tersayang aka Erin. Ahaks!
Seriously, meeemang sedappp!! Maaaacam aku buat. Hahaa!! <Perasan kejap>
Aku makan kek je rasanya kat rumah Haziq.. Biasalah perut buat hal..
So mood pun tak berapa nak okay... *wink*

Destinasi 3 : Rumah Fariez
Menu         : Sate and Kuew teow ladna

Mood gue udah datang.... Wheeeee!!
Thanks cayang.. :) Best makan sate... Tapi aku suka ayam la..
Daging tak layan. So tak tahu apa rasa dia..
And kuew teow ladna pun okay... Ada orang offer aku bagi rasa. :)
Tak payah susah2 ambil sendiri.. and ada orang suapkan. Ahaks! Hahahhaa!!
Then masa dekat rumah Fariez pun dah zuhur..
Kebetulan rumah dia depan surau so solat jelah dekat situ dulu...
Masa aku and Mizah tengah solat, memang syok la diorang sesi bergambar..
And I noticed this year, gambar aku agak kurang laaa.. Hoho!!!
Masa kat rumah Haziq, bincang2.. Adalah dalam 4 or 5 rumah kita orang skip sebab parents takde..

Destinasi 4: Rumah Ezzy
Menu       : Bihun goreng

Aku pun bertukar kereta lagi... Naik kancil Imah lak...
Layan jer... Rasalah semua orang bawa kereta..
Tapi Us bawa kereta... Fuuuhhhhh!!! 
Tak padan dengan P holder betul budak tu. Haha!!
Bihun goreng sedap tapi pedaaaasssss..
Bagi akulah kot tapi bagi orang lain okay..
Perut aku kan produced dari kilang lain..
Tak sama macam kawan2 aku..
Tapi kek batik sedaaaapppp.... Pandai you buat.. :p

Destinasi 5 : Rumah Myra
Menu         : Nasi daging

Finally, sampai rumah sendiri..
Dapatlah aku menikmati nasi daging dengan bahagianya...
Sebab hari tu mak buat, aku ulcer.. Takde nikmat makan..
And kawan2 aku pun tak pernah makan..
Thanks for the compliments..
Mak saya masak, memang semua sedaaappp! Haha..
Promote mak sendiri nampak.. Ahaks!!!
And bagi Wan rasa biksut nescafe aku..
Komen?? Kurang nescafe.. Haha!!

Destinasi 6: Rumah Wan
Menu        : Muffin

Masa kita orang datang tu pun, mak dia dah nak pergi kerja..
Btw, thanks mak cik sudi entertained kita orang walaupun busy nak pergi kerja..
Muffin tu aku tak makan sebab ada buah.. Aku kan fussy..
So tapau and aku special sikit..
Dapat tapau biskut oren...Sedaaappp!! Wan buat okay... Jangan main2! Huhu!
Tapi biskut nescafe rasa kurang pula tahun ni.
Tahun lepas, sedapppp.....

Destinasi 7 : Rumah Ena
Menu         : Mee Kari

Rumah Ena lepak lama sikit since hujan..
Lagi pun Haziq balik rumah dia kejap ambil Erin sebab nanti nak hantar Erin balik..
Cian Erin.. Penat dia buat kek.. Lambat tidur.. Huhu!!
Takpe2.. Berbaloi!! Sedaaaapppp!!!
Perut pun dah kekenyangan.. Macam tak boleh masuk dah..
So dekat rumah Ena, aku tak makan.. Minum air je...
Mata ori pun dah mula merah sebab pakai mata tipu lama sangat..
So pakai lah spec.. Sekarang ni pun merah lagi... 
Tak boleh pakai lens la balik hari ni jawabnya...

Destinasi 8: Rumah Hana
Menu       : Mee goreng 

Ni destinasi paling jauh...
Dekat Bandar Baru Bangi..
Aku pun confuse dekat mana kedudukan rumah dia ni sebenarnya..
Tapi bila aku tengok Surada, baru aku teringat..
Memang dekat situ rumah dia sebab dulu2 pernah hantar kad raya...
Memang semua dah kepenatan... Hujan pula tu..
Nak pergi rumah Hana, jalan jem..
Asar and maghrib dekat rumah Hana terus.. Senang....
Since masing2 dah kepenatan and some ada hal, so we decided untuk balik jela..
Pulang ke rumah masing2.... Semua menghala ke destinasi masing2....

Wan drive kereta kancil Imah...
Hantar Dayah balik rumah dulu...
Then hantar aku... Sampai rumah Wan, Imah ambil kereta dia balik...
Fariez hantar Nizam, Omar and Fridy I guess...
And Haziq pula dengan Pzie hantar Erin dekat Subang and Mizah dekat Sri Petaling...
Sampai je rumah, mesti semua pengsan kannnn... :D

Well, thanks guys for joined Raya Tour 2011 this year..
Hope we can meet up for the next events, InsyaAllah..
I'll be thinking of it and I'll arrange it as usual.. :)
Just leave any suggestions at GBS's wall and we will consider it..
Tapi nak pergi tempat tu, yang reasonable sikit lah eak..
Hope ramai boleh join lagi lepas ni...

Special thanks to:

Myra
Ezzy
Dayah
Haziq
Erin
Mizah
Ena
Nana
Us

Omar
Fridy

Hana
Fariez
Nizam
Wan

Hope to see you guys soon!!
Love you guys!!
See yaaaa!!!

p/s: Sesiapa yang tak daapt join tu, jangan sedih2 ea..
InsyaAllah, panjang umur next year ada lagi.. :)
Gambar dekat Pzie.. To be uploaded later.

Friday, September 16, 2011

Psycho!!

Mood: Penat 

Salam guys....
Alhamdulillah.. First week dah berlalu..
Lepas tu, second week... Then seterusnya.. Memang kejap je rasa..
First week kat UIA memang damnnn!!
Penaatttt!! Pergi itulah, inilah.. Banyak benda kena uruskan..

Minggu ni dah start belajar tapi ada yang belum..
Semalam Family Law 1 takde lecturer..
Tak bagus2!! Nanti mesti kena ganti..
Lecturer punya hal, student yang susah.
Criminal punya tutorial tak keluar2 lagi.
Penat dah aku pergi bilik lecturer..
Dahlah bilik dia hujung dunia!

Yuran UIA dah naik tapi tengok dekat financial statement, sama je macam dulu..
Haih.. dorang ni memang menyusahkan orang..
Tolak jelah yuran terus.. Ni tak.. Mahallah kena bayar sendiri pula!
Lepas bayar, kena hantar slip pula dekat Finance.
Macam2 aku settlekan minggu ni..
Register electrical items tapi sticker ambil hari Isnin nanti..
Minggu ni duit keluar memang macam air lah wa cakap luuu...
Yuran mahallah je dah RM420..
Dengan beli bukunya lagi.. Tak payah cakap lah.. beratus2 dah keluar..
Photostat pula, itulah inilah...
Takpe2... Untuk keperluan. Haha!!

Semalam ada kuliyyah assembly dekat CAC..
Tak terniat pun tak nak pergi. Haha!!
Tapi tiba2 aku terfikir, malas lah nak pergi.. Dahlah habis 4.30pm..
Baik aku pergi KL, beli buku Consti.. Lagi bagus!!
Then balik rumah.. Banyak kerja pula tu..
Notes ICL, kerja Criminal and Consti..
Bacaa.... Bacaaa... Bacaaaa....
Itulah life sebagai budak laws..
Tak boleh nak skip daripada tak baca..

Btw, this week aku tak habis2 cakap pasal shit guy tu kan..
You guys wondering who's that guy right..
Takdelah famous sangat dia tu. Haha!!
Memang psycho!! And bertambah2 psycho aku!
Haha!! Kesian kau kan, kau tak tahu aku cakap pasal kau.
So far, only one class yang dia sama dengan aku. Family Law 1, tak pasti.
Hope tak sama.. Ada 4 section kan.. So aku harap dia section 2, 3 or 4..
Tapi pergi mana2, ada je muka dia!!! Eeeeeeeeeee!! Benganggg!!
Tak sukaaaa!! Elergic tengok dia!

Hari ni keluar pergi IOI kejap..
Duit keluar lagi... Bayar bil...
Then pergi beli kasut..
Syok ar.. Tengah sale!! Hoho!! 6 pasang jer... 
Tak banyak punnnnn.. Murah.. :D

Hopefully, next week gonna be better than this week..
Minggu ni dengan sakit kepalanya...
Rasa malas nak buat apa2...
Bilalah nak ada semangat ni... haih..
Come on girl.. Second year now..

To GBS, see you all tomorrow!!
InsyaAllah..

XOXO

Wednesday, September 14, 2011

Di Sebalik Tudung

Mood: Blur

Salam...
Semalam off day.. Damn busy+tired..
Ke hulu ke hilir tapi apa je pun yang aku buat, aku pun tak tahu..
Menguruskan macam2 hal..
Entry hari ni nak focus pada satu topic. Huhu..
Actually, aku memang blur. Haih.. Tak faham..

Aku ni seorang yang suka mencuba..
Cuba jelah apa2 pun.. As long as pada aku tak salah and tak menyalahi mana2 undang2 yang telah termaktub, it should be fine to me.
Plus, tak menyusahkan orang sudah..
Apa yang aku nak cuba sampaikan di sini?
Yeah.. Pasal tudung..

Pernah dengar Hana Tajima? Maria Elena??
Inilah dia...


Hana Tajima



Maria Elena
peliks.blogspot.com/

Kalau siapa yang tahu pasal diorang, tahulah kenapa aku kaitkan nama diorang dengan tajuk tudung aku ni..
Ikon tudung.. 

Aku ni actually, jarang pakai tudung biasa. Tudung empat segi tu..
Mostly orang akan nampak aku pakai tudung syria, tudung awning or selendang..
Aku lagi comfortable pakai tu.
Kalau pakai tudung biasa, rasa selekeh+serabut lak aku rasa.
Lagi2 time aku makan, memang macam apa jelah tudung aku..
And ramai pula komentar.. *wink*

Situasi 1:

Semalam aku pakai tudung biasa.. Haha...
Kenapa?? Saje je kot...
System aku senang je.. Ikut suka aku nak buat apa..
And sebab lain?? *Playsafe* Kih3x!!!
Kalau pakai tudung biasa, alamatnya lamalah aku kat depan cermin tu..

Aku pakai tudung biasa semalam, orang tegur..
Kenapa muka nampak lain?? 
Kenapa pakai tudung ni??
Kenapa muka nampak lebar?
Kenapa mata macam orang nangis?
Muka aku nampak sembab sebenarnya semalam..
Faktornya?? Entah.. Tapi for sure takde kena mengena dengan tudung. Haha...
*Dalam hati: Esok aku pakai selendang.*



Apa bezanya??
Gambar semalam tak terfikir lak nak ambil. :D


Situasi 2:

Hari ni.. Aku pakai selendang.. As usual..
Lagi pun ada class sejam je hari ni..
Lagi senanglah kerja aku.. Tak payah nak mengadap cermin lama2..
Lens pun tak pakai. Pakai spec jer...

Masa tengah jalan nak balik ke bilik dekat AIKOL tadi, terserempak dengan sorang lecturer.
Aku tak tahu pun yang dia lecturer sebenarnya..
I've never seen her before. *Sorry Mdm* Haha!!
Dia dengan sorang lelaki, tengah jalan2 and borak..
Masa aku berselisih dengan dia, tiba2 dia cakap and at the same time after dah melepasi aku, aku still dengar dia cakap dengan lelaki tu pasal aku. Cehh!!
Dia cakap apa tau...
"Owh.. Inilah fesyen Hana Tajima tu.." Lebih kurang macam tulah dia cakap.
Ada lagi dia cakap, tapi tak ingat pula aku. Eeeeeeee....

Pakai tudung biasa semalam orang tegur, 
Pakai selendang pun orang tegur..
Apalah pula aku nak pakai..
Kalau aku pakai tudung labuh esok, for sure lagi orang tegur. Hahaha!!
Tiga kali Jumaat je kot budak ni.. Hahahhaaaa!!
Kalau tak pakai tudung lak macam mana pergi class esok??
Confirm jadi perhatian ramai.. Hehhehe!!!

Actually aku tak kenal pun Hana Tajima tu siapa..
Time aku pakai style macam tu, ikut suka aku sendiri try..
Then kawan aku pernah tegur dulu, panggil aku Hana Tajima..
Then balik tu, aku google la.. heheh!!
Barulah aku tahu... So aku tak tahu pun fesyen yang aku pakai tu Hana Tajima nya.
Kebetulan.. And aku selesa..
Kalau pakai shawl yang tebal tu, memang rasa serabut lah buat macam tu. Macam kembang je..
Kalau yang lembut tu, aku buatlah style macam tu..






The conclusion is now...
Aku confuse and blur ni...
Apalah aku nak pakai ea....
Haih....

Psssttt... Tengok lah esok apa yang aku pakai lak..
Ngeeeeeeeeee~~~~

Good night guys!! 
XoXo



Monday, September 12, 2011

Nak Lari

Mood: Serabut

Salam...

Finally, safely arrived UIA terchentaaa!! Euuwwwwww...
Pagi semalam checked-in.. Queue?? Punyalah lama.. Bosannnn!!
Tapi tak payah susah2 nak kemas barang.. Itu yang aku suka!!
Thanks to my bro sebab hantar adik balik..
Thanks belanja lunch and thanks duit raya juga!! Hoho!!

Bilik G4.5C dah lengkap!! Compartment D dah ada orang..
Ye ye je kita orang ni.. Konon2 adik2 tapi sekali, kakak laaaaaa... Budak third year, ICT.
Terasalah diri ini muda lagi.. :)
Tapi kesian dekat akak tuuu... Orang Perak..
Habislah.. Memang kena tinggal jelah dia nampaknya..
Dia okay.. Aku berjaya transform akak tu ikut kepala kita orang bertiga..
Hehe... Tengok okay.. Macam2 borak dengan dia. :)

Kenapalah ye rasa macam takde mood je...
Nak buat apa2 pun, rasa macam lambat je tangan ni nak berjalan...
Hati pun macam tak sedap jer....
Nak tak nak, terpaksalah hadapi...
Life sebagai seorang pelajar telah bermula berkuatkuasa pada hari ini.

Hari ni, officially class started..
Pagi2 lagi class UNGS tapi takde...
Aku baru terkedek2 nak ambil UNGS 1.. Hoho!!
Takpelah, feel sikit macam junior.. Baru masuk!!
Dah dua kali aku drop subjek ni.. Kalau kali ni aku drop, tiga kali dah. Haha!
Rasa malas pula nak ambil UNGS tapi kalau tak ambil sekarang, tahun bila pula lagi aku nak ambil..
By hook or by crook, kenalah juga ambil. Dahlah lecturer foreigner yang aku tak familiar nama dia tapi this week takde class..
Lecturers ada conference..

Today class aku only one hour jelah i.e. Criminal Law 1 dengan Dr Iqbal...
What should I say about him??
Nothing much.. Okay laaa... Tapi dia tak bagi slide ke, hand out ke..
Pandai2 lah kau sendiri ye nak survive...
Dia nak kurangkan students dalam class dia..
Suruh masuk class Dr. Baha... Hoho!!

Rasa macam nak tukar... Tapiiii... Entahlah..
Timetable aku ni pun tak tulis lagi Criminal Law.. Hahaa!!
Aku nak lari daripada orang yang aku tak boleh tengok muka dia!!
Dah lama aku tak ingat or fikir pasal dia! Memang tak lah..
Alih2, dia pula satu class dengan aku...
Baru Criminal.. Belum lagi Consti, Family and ICL. Dammnnn!!
Dulu aku ada konflik dengan dia masa dah nak habis sem, sanggup tak pergi last tutorial semata2 tak nak tengok muka dia.. Alih2 aku dapat tahu, dia tak datang last tutorial tu. Memang hampehhh!!
Tapi sem ni, haihhhhh... Terpaksalah juga mengadap. Kalau semua class dia sama dengan aku, takkan semua aku nak tukar pula!
Aku tak boleh tengok muka dia!!!!! Shuh2x!!!
And pleaselah..... Harap2 takdelah aku akan bekerjasama dengan dia..
Memang tak lah!! And minta simpang!!!
What the hell!! Benci3x!! Tak suka tengok dia!!!

Btw, aku nak settle apa2 yang patut disettlekan dalam minggu ni...
Sebab this week agak free.. Class tak start sangat pun...
So layan jelaaaaaaa....
Tersangatlah malas dan bosan.
Not a good sign for this sem.

Sekian. Wassalam.

Saturday, September 10, 2011

Al-Fatihah + Nasib Malang

Salam...

First of all, what I wanna say here is.. Alhamdulillah...
Terkeluar juga emas dari mulut aku ni...
Dapat juga aku luahkan apa yang tersirat selama ni...
So rasa legalah juga.. Lepas satuuu.....
Intro dulu.. :)

Hurm.. Semalam memang hari malang aku....
Pagi2 lagi dengan berbaju kurung, dah pergi ke UIA...
Dahlah pakai baju kurung, driver bus pula bawa macam bawa dia sorang je! Damnnn!!
Aku kalau pakai baju kurung ni, langkah memang ayulah sesangat..
Kalau pakai jubah or seluar, memang panjanglah langkah aku ni..

Sampai kat KL Sentral pula, haih....
Mamat and sorang minah ni, buat drama lak kat luar KL Sentral.
Bodoh betul!! Kat situlah juga kau nak gaduh main tolak2, baling helmet semua! Mengong betul! Meh sini aku hentak helmet tu dekat kepala korang dua orang.
Nak gaduh, gaduhlah dekat tempat lain..

Then, aku jaranglah pakai Touch N Go dekat LRT now since cuti kan..
Aku pun tak ingat ada berapa balance then aku pun top up lah..
Haih.. Ada 20 lebih rupanya.. Dahlah aku kekurangan duit dekat tangan.
Buang duit aku je!! Aku ni malas nak withdraw. Suka pakai debit card. 

Sampai pula LRT Gombak, macam biasalah, tunggu bus T231 yang lembab tu!!
Sabar... Sabar.... Memang penat!

Bila sampai UIA, pergilah Mahallah Office, sebab nak rental.. 
Before check-in hari Ahad, kenalah rental.
Sehari RM3.50 pula tu. Main duit je!! Bukan aku duduk pun!
Hantar and kemas barang aku je..
Nasib baik dia tak banyak soal..
Suruh aku pergi STAD untuk bayar..
Then resit nanti bagi dekat diorang, baru diorang bagi kunci..

Aku pun menapaklah ke STAD..
Dah sampai STAD, "datang 2.30pm nanti ye sebab resit takde".
Damnnn!! Masa tu pukul 11 lebih.. Apa nya aku nak buat sampai 2.30pm tu...
So aku pun pergilah HS Cafe, sebab tak breakfast lagi.
Masa kat cafe, jumpa sorang kawan aku ni.
Lagilah datang awal, Isnin nak check-in tapi kira rental la.
Mahallah dia tak bagi. Kalau tak boleh check-in Ahad, Isnin!
Pemalas yang amat!!
Tengok2 orang la.. Ada yang bagi, ada yang tak bagi, ada yang kena bayar, ada yang tak payah bayar..
Tengoklah, staff rajin ke tak.. Orang kerajaan!! Biasalah!!
Then nampaklah budak2 baru.. Dengan beg pack masing2. haha!!
Suatu ketika dulu, aku pun macam tu gak..
tapi kesian diorang, tak dapat baju batik sebab tak sempat siap. Haha!

Then after solat dekat masjid, ngam2 2.30pm aku pergi ni..
Memang bolehlah nak rental.
Yang tak boleh bla nya, dia bagi aku memo menyatakan yang aku dah bayar.
Resit suruh ambil esok (hari ni). Bengang tahap cipanzi aku!!
Baik masa aku datang pukul 11 lebih tu, kau bagi je aku memo since kau tahu memang takde resit time tu!
Penat gila dah aku!

Patah balik pergi M.O ambil kunci.... Then, kena deposit RM50 ye untuk kunci!
Shittt!!! Nasib baiklah ada RM50 kat tangan aku and yang bestnya tinggal duit kertas RM1 je dalam purse aku. Haha!!
Masa otw, dalam bus baru pula aku teringat kunci locker lupa bawa.. Haih!! Malas aku nak patah balik..
Apalah kena dengan aku ni.
Sebab ada barang2 dalam locker yang aku simpan..
Then aku tanya ada cutter tak. Kebetulan ada maintenance dekat situ.
"Kejap lagi saya naik bilik" hoho!!
Habislah pad lock aku luar and dalam terpaksa dipecahkan.
At least boleh aku keluarkan barang2 dalam locker.
Lantaklah.... Sebelum tu, semua kedai dah dekat UIA aku tanya pad lock semua dah habis.
Budak2 baru punya pasal la ni. :D

Aku pun mengemaslah tak habis2... Dengan compartments kawan2 aku sekali aku kemas..
Lap semua and sapu sekali. Dah alang2 buat....
Masa tengah kemas, dammnnn!! Compact powder aku jatuh pula and hancur lebur la..
Dahlah banyak lagi.. Haih... Memang malang sungguh semalam! Lepas satu, satu....
And aku rasa malas nak balik, suruh kakak aku ambil and tidurlah rumah dia dekat Selayang..
Nanti aku balik, apalah pula yang jadi dalam perjalanan aku...
Hari ni balik rumah aku, ambil barang2 lain and pergi UIA balik, kemas semuanya..

Hari Ahad nanti, aku just check-in jelah... So tak payah susah2 time tu aku nak angkut barang, nak kemas..
Penattttt... Sehari nak mengemas.. Dahlah esok tu start kelas dah..
Aku tahu aku nak relax.. Ada kerja nak buat pun, takdelah banyak sangat..
Just as usual, iron baju untuk seminggu..

Oh yaaaa... Back to the main title...
Boleh tak sedekahkan Al-Fatihah?? :)
Effie aku dah matiiiiiiii.. Uwaaaaaaaaaaaa!! 
Tersangatlah sedih!! dahlah lately air mata ni senang sangat mengalir.. :(
So tinggallah Elmo and anak baru aku, Ello...
Dua2 jantan... Sedih......
Aku tanam dia dekat depan rumah...
Tahun lepas, aku ada dua ekor...
Dua minggu je dah mati sebab masa tu sibuk dekat hospital, abah accident..
Aku rasa kura2 tu nak dengan aku je.. tak boleh aku tinggalkan dia.. Hurm...
Kenapa tak boleh bawa binatang kat UIA... 
Kalau tak, aku bawa dah Elmo and Ello aku tu..
Mak tak bagi dah beli baru..
Biar jelah dua ekor tu.. Lagi pun, aku nak balik UIA dah..




Ni kubur dia.. 

Oklah....
Good night guys..
XoXo






 

"Life of Myra Latif". Thanks to Blogger Templates | Design By: SkinCorner